Sunday, December 28, 2014

10 Minuman Yang Akan Buat Korang Rasa Segar Jika Minum Ketika Hamil

10 Minuman Yang Akan Buat Korang Rasa Segar Jika Minum Ketika Hamil | Minuman Sihat Dan Menyegarkan Wanita Hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Rasanya macam lama sangat tak update blog ni..Perasan buzy je...Hahha...Korang pun mesti ikut perkembangan banjir kat negara kita sekarang ni kan...Memang teruk...semoga mangsa yang terlibat dalam bencana alam ini bertabah dan bersabar ye...Insha Allah ada hikmah disebalik kejadian ini..Doa kami-kami rakyat malaysia yang lain sentiasa iringi korang mangsa banjir...

Okay..Nanti kita cerita lagi..Semoga banjir cepat surut..Hari ni nak cerita tentang apa yang buat wanita hamil rasa segar...Korang tau apa?sebenarnya banyak benda yang boleh buat wanita hamil segar tapi hari ni nak cerita pasal minuman..

Nak tau apa minuman yang boleh buat wanita hamil rase segar dan pastinya minuman yang menyihatkan?jom teruskan baca kat bawah ye....


10 Minuman Sihat Dan Menyegarkan Wanita Hamil


1. Air kosong

Wanita hamil memerlukan air lebih daripada sebelum hamil. air penting untuk sel darah merah yang sihat dan mengekalkan air dala badan supaya tidak terdehidrasi. Air juga penting dalam penghasilan dan pengeluaran susu ibu.


2. Air kelapa

air kelapa adalah sejenis minuman isotonik semulajadi dan dapat membantu mengelakkan dehidrasi. Air kelapa juga membantu melegakan keletihan dengan cara mengembalikan garam semulajadi dalam badan yang hilang semasa berpeluh.


3. Jus limau

jus limau juga dapat membantu mengekalkan hidrasi badan dan membantu membekalkan vitamin C yang penting dalam penyerapan Zat besi oleh badan dengan lebih berkesan. Jika anda mengalami morning sickness semasa hamil, jus limau, daun pudina dan halia dapat membantu mengurangkan alahan korang.


4. Jus buah segar

Jus buah segar yang baru diperah kaya dengan nutrien sama seperti korang makan buah itu sendiri. Jus yang terdapat dipasaran kebiasaannya mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan. Korang boleh minum jus limau manis, oren, tembikai dan epal..


5. Minuman berasaskan susu

minuman berasaskan susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. korang boleh mencuba susu segar sejuk, lassi dan susu mentega kerana ia dapat membantu menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan semasa cuaca panas. Kalau korang asyik terasa nak makan je masa hamil, korang boleh ambil smoothie susu dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral dan nutrien dam merupakan makanan ringan yang sihat. Tapi kalau korang alah kepada susu kena bincang dengan doktor la ye...


6. Serbat buah

serbat buah bekalkan nutrien dan membantu mendinginkan badan dan dapat membantu wanita hamil atasi mabuk hamil. Serbat tu apa? Saya pun tak pasti..Tapi ada yang kata serbat tu macam jamu tapi pedas..


7. Jus sayur buatan sendiri

kalau korang tak suka makan sayur, korang boleh cuba buat jus.. Sedap tau jus sayur macam lobak susu...Kalau panas-panas ni minum jus lobak susu sejuk memang menyegarkan.


8. Moktel buah-buahan

membantu dapatkan nutrien untuk korang dan bayi korang sebab kadang-kadang kalau makan buah segar badan tak dapat serap sepenuhnya nutrien tu..Boleh guna buah strawberi, laici, limau dan apa-apa buah kesukaan korang yang sesuai...


9. Air dengan buah-buahan beku

selalunya masa cuaca panas ni korang minum air letak ais je kan..Selain letak ais korang boleh tambah buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic,aprikot dan plum. Jadi air korang nampak lebih berwarna-warni dan bila buah cair akan ada sedikit rasa manis buah itu...


10. Teh ais

ni memang kesukaan saya ni...Kalau minum masa cuaca panas-panas bestnya...Tambah hirisan lemon pun best dan dapat melegakan mabuk hamil korang. Tapi semasa hamil tak digalakkan kerap ambil teh kerana teh ada kafein..Kafein boleh menghalang penyerapan kalsium dan nutrien lain yang penting untuk badan. Kalau sekali sekala tu okay la..


Okay...Itu la 10 minuman yang menyegarkan wanita hamil..Rasanya kalau tak hamil pun minum rasa segarkan..Korang boleh la cuba ye..Semoga bermanfaat ye...

** siapa yang nak order shaklee whatsapp saya ye...Promo vit C, vit E dan kolagen dah nak habis ni...Cepat2 grab...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, December 24, 2014

4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil

4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil | Ubat-Ubatan Dan Kehamilan | Indeks Keselamatan Kehamilan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang... 

Tahun depan en husband akan dapat 2 orang anak sedara...Kakak dan adik ipar dia sekarang ni tengah mengandung..Jiran kat sini pun ada yang tengah mengandung ni..Saya? Inshaa Allah kalau ada rezeki...Adeena bulan ni baru 9 bulan..Tapi kalau Allah nak bagi rezeki lagi kitorang terima je...

Okay...dah alang-alang kita cerita pasal hamil ni, nak kongsi sikit tentang ubat-ubatan untuk wanita hamil ni dan 4 tips bijak pilih ubat semasa hamil.. Tak semua ubat yang biasa kita ambil semasa tak hamil boleh kita ambil semasa hamil..Kadang kala ubat boleh jadi racun kepada wanita hamil tau.. Masa awal-awal kehamilan tu elakkan mengambil sebarang ubat-ubatan..

Mari kita lihat ubat apa yang perlu dielakkan semasa hamil dan kesan sampingan kepada ibu dan kandungan..


Ubat-Ubatan Yang Perlu Dielak Semasa Hamil Dan Kesan Terhadap Kandungan



Ini antara ubatan yang berbahaya kepada wanita hamil dan kesan sampingannya jika diambil oleh wanita hamil..

> ubat tahan muntah - boleh menyebabkan kecacatan pada bayi

> ubat ulser perut - boleh menyebabkan wanita hamil keguguran kerana ia mengecutkan rahim

> ubat darah tinggi - mengecutkan salur darah dalam rahim menyebabkan nutrien tak dapat disalurkan pada janin dan menyebabkan tumbesaran janin terencat

> ubat batuk dan selsema- actified, piriton dan semua ubat batuk

> antibiotik - doxycyclines, minocyclines, bactrim, septia boleh menghalang manfaat folic asid yang penting untuk pertumbuhan bayi. Nitrofurantoin tidak boleh diambil selepas kandungan berusia 36 minggu kerana boleh menyebabkan kerosakan pada sel darah merah bayi

> ubat tiroid - L.tyroidsin

> ubat tahan sakit - ponstan, jika dos berlebihan atau pengambilan yang kerap boleh menyebabkan keguguran dan proses kelahiran lambat..


Indeks Keselamatan Kehamilan


Indeks ini digunakan untuk menentukan ubat apa yang sesuai dan tidak sesuai diambil oleh wanita hamil. Terdiri daripada 5 kategori iaitu A, B, C, D dan X.. Mari kita tengok apa yang ada dalam kategori di atas..

Kategori A - ubat yang selamat digunakan semasa hamil dan tiada ujian ke atas haiwan.

Kategori B - ubat ini masih selamat untuk wanita hamil, tiada kesan pada janin haiwan, tidak diuji pada wanita hamil boleh diambil tetapi perlu berhati-hati..

Kategori C - ubat ini memberi kesan kepada janin tetapi tidak menyebabkan kecacatan. Boleh diambil sekiranya perlu atas nasihat doktor dan telah diberitahu risikonya. Contohnya ubat darah tinggi, kemurungan dan kencing manis

Kategori D - ubat yang telah atau dijangka akan memberi kesan mudarat dan kecacatan kepada janin dan bayi. Boleh diambil jika manfaat lebih daripada keburukan pada bayi atas nasihat doktor. Contohnya ubat sawan dan kanser

Kategori X - ubat yang berisiko tinggi dan menyebabkan kecacatan pada janin dan bayi. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil.

Jika korang telah terambil ubatan yang berisiko kepada ibu hamil, apa yang perlu korang lakukan adalah :

a. hentikan pengambilan serta merta
b. maklumkan kepada doktor yang korang pernah ambil ubat tersebut
c. doktor akan lakukan pemantauan ke atas bayi
d. rancang rawatan dari awal untuk sebarang kemungkinan


4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil


Bukan semasa hamil je kena bijak pilih ubat, semasa tak hamil pun kena bijak juga..Ubat untuk anak-anak, untuk dewasa..Kadang-kadang tak semua ubat sesuai untuk badan kita. Jadi, korang perlulah bijak pilih ubat tak kira dalam situasi apa pun..

4 tips bijak pilih ubat :

1. Pastikan korang berbincang dulu dengan doktor atau ahli farmasi. Beritahu korang sakit dan sedang hamil, mereka akan cadangkan ubat yang sesuai untuk wanita hamil

2. Ketika beli produk di farmasi, baca maklumat pada label ubat dengan teliti terlebih dahulu..Kebanyakan produk akan tulis jika tidak sesuai diambil jika hamil dan menyusu

3. Jika demam atau penyakit biasa kawal pengambilan dos ubatan dengan betul. Berbincang dan doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk wanita hamil dengan dos yang sesuai.

4. Jika dalam rawatan ubat seperti diabetis dan darah tinggi dan ingin hamil, berbincanglah dengan doktor korang. Doktor akan tukar ubat yang sesuai untuk kehamilan.


Secara keseluruhannya, kesan sampingan jika ubatan diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jika ambil padatrimester ke-2 dan ke-3 boleh menyebabkan berat bayi kurang, lahir pramatang dan pertumbuhan terencat.

Periksalah ubat korang ye...Pastikan selamat baru ambil...Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua...

Korang pun boleh ambil set kehamilan shaklee..Selamat dan berkesan sebab bukan ubat pun..Cuma makanan tambahan..Insha Allah korang akan kekal bertenaga dan sihat sepanjang kehamilan..Kalau demam atau selsema boleh ambil vita-C..

Berminat?nak tau lebih lanjut boleh whatsapp nombor kat bawah ye...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Monday, December 22, 2014

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun




Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni rasa nak buat Segmen lak. Tujuan Segmen ini diadakan untuk kita semua saling berkenalan, memudahkan kita blogwalking dan sekaligus meningkatkan trafik blog dan menambahkan Follower di blog masing-masing. Jadi tunggu apa lagi, jom join beramai-ramai yer.

Syarat-Syarat Penyertaan

1- Follow Blog ini
2- Like Facebook Page Blog ini di Sidebar Jika Sudi.
3- Segmen ini akan tamat pada 30 Disember 2014.
4- Korang hanya copy coding dibawah dan paste kan di ruangan html di blog korang dan tinggalkan link entry korang di ruangan komen kat bawah ni.

tu jer simple kan.. Selamat Bersegmen dan Berblogwalking.




** kalau korang nak join, boleh copy coding kt blog owner ye...Dan pastekan entry korang kat komen blog owner ye..Jgn paste kt sini pulak..Tak valid nanti..Hihi...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, December 21, 2014

Simptom Dan Akibat Kekurangan Vitamin E Dalam Badan

Simptom Dan Akibat Kekurangan Vitamin E Dalam Badan | Vitamin Dalam Makanan Harian | Siapa Yang Perlukan Vitamin E


Assalamualaikum dan salan sejahtera korang...

Semalam kita dah cerita pasal kelebihan dan perbezaan vitamin E shaklee dengan vitamin E yang ada kat pasaran kan...Korang dah faham kan yang tu...

Hari ni nak sambung cerita pasal vitamin E lagi tapi nak cerita apa jadi kalau badan kita kurang atau terlebih vitamin E..Kalau kurang makanan apa yang patut kita ambil untuk mencukupkan keperluan vitamin E dalam badan seharian..

Jom tengok simptom-simptom kat bawah ni ye....



Simptom-Simptom Kekurangan Vitamin E Dalam Badan



Antara simptom-simptom yang menunjukkan badan anda kekurangan vitamin E adalah :

> Anemia
> sukar mengandung
> senang keguguran
> katarak
> masalah sistem reproduksi
> rambut kering dan gugur
> hilang keinginan seksual
> luka lambat sembuh
> kebas kaki
> tanda penuaan pada kulit
> kelemahan otot
> penyakit berkaitan prostat
> penyakit berkaitan usus
> mati pucuk



Akibat Kekurangan dan Terlebih Vitamin E



ha...Kurang pun tak boleh lebih pun tak boleh..Kena ambil secukupnya vitamin E ni...

Kekurangan vitamin E

- berkaitan dengan sel badan yang tidak dapat menyimpan lemak..Vitamin E merupakan vitamin larut lemak dan memerlukan lemak untuk sebarang pergerakan ke bahagian yang diperlukan oleh badan kita.
- sebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilan radikal bebas dalam tubuh
- badan mudah rosak atau sakit akibat oksidasi


Terlebih Vitamin E

-bertindak sebagai antikoagulan yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran darah sentiasa lancar
- mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah


Apakah Makanan Yang Boleh Anda Ambil Untuk Mendapatkan Vitamin E untuk Badan?


sumber makanan yang mengandungi vitamin E adalah:

- avokado
- biji bunga matahari
- badam
- labu
- buah zaitun
- kacang soya
- kacang buncis
- sayuran hijau
- ubi keledek
- minyak sayuran


Siapa Yang Patut Ambil Dan Amalkan Vitamin E?



@ lelaki dan wanita
@ individu yang nak awet muda
@ wanita yang sukar mengandung
@ pasangan yang tiada atau kurang keinginan melakukan hubungan seksual
@ individu yang punya masalah jantung dan kolestrol
@ lelaki yang punya masalah reproduksi dan kesuburan

Banyak makanan semulajadi yang mengandungi vitamin E tapi agak susah untuk kita ambil yang semulajadi ni..Kekadang kita ni tak makan itu lah tak makan ini lah..Tak sedap la...Kadang kala badan kita pun tak dapat nak menyerap vitamin E dalam makanan secara maksimum..

Jadi cara yang paling senang adalah dengan mengambil suplimen vitamin E..Tapi perlu pilih vitamin E yang betul, berkesan dan selamat.. Pilihan saya tentulah vitamin E shaklee...Berbeza, berkesan dan dijamin selamat...




** Berminat boleh la whatsapp saya ye...Ada promo tuk bulan ni..Murah...Rugi tak grab..
*** Nak order barang lain pun boleh..Nak tanya info pun boleh..Sila-sila...

**** saya jual shaklee ****



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, December 20, 2014

3 Langkah Dapatkan Tidur Berkualiti Anda

3 Langkah Dapatkan Tidur Berkualiti Anda | Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Tidur | Cara Tidur Ikut Sunnah Rasulullah s.a.w


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Korang biasanya sehari tidur berapa jam? Kalau korang tak cukup tidur malam bangun pagi mesti rasa mengantuk, tak bersemangat kan..Kan...Ke korang sentiasa bersemangat?

Biasanya kita tidur sehari dalam 7 jam.. Pada waktu malam tidur selama 6 jam dan 1 jam waktu siang..Seelokknya tidur siang sebelum zuhor...Ini waktu tidur kebanyakan orang la...Tapi ada juga orang yang kerja pada waktu malam kan.. Ada juga yang tidur malam setakat 3 ke 4 jam je sehari kan...

Kat sini saya nak kongsikan dengan korang macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti walaupun korang terpaksa tidur 2 ke 4 jam je sehari..Insha Allah dengan tips ni walaupun tidur tak cukup tapi bangun pagi korang akan tetap rasa bersemangat dan bertenaga...

Jom tengok apa 3 langkah tidur berkualiti...


Bagaimana Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti?


Bagaimana nak dapatkan tidur berkualiti? Nak tau kan...Haa.. Jom amalkan 3 langkah dan cara tidur Rasulullah S.A.W..Insha Allah korang akan dapat tidur korang yang berkualiti walaupun tak cukup masa tidur...

3 langkah tidur berkualiti adalah seperti di bawah :

a. Sebelum tidur

- sentiasa berwudhu sebelum tidur. Mesti ramai yang tanya macam mana nak tidur dalam wudhu sebab tidur dengan isteri, suami...Kan..Kan...kalau dah tidur tu tak kisah la kan yang penting pada permulaan tidur tu mesti wudhu dulu...

- sebelum tidur amalkan tasbih fatimah...Sekejap je nak habiskan tasbih fatimah ni..Tak sampai 5 minit pun...Apa tu tasbih fatimah? Rasanya ramai yang dah tau kan...
i. Subhanallah 33 kali
ii. Alhamdulillah 33 kali
iii. Allahu Akbar 33 kali...
Ni la tasbih fatimah

- amalkan 2 surah ini setiap kali sebelum tidur iaitu surah al-mulk dan surah alif lam mim sajadah

- kibas tempat tidur dengan kain sebelum tidur. Mulakan kibasan dengan bismillah..Dikhuatiri semasa kita tinggalkan tempat tidur ada serangga seperti semut ke kat tempat tidur kita..Kalau terus tidur je nant kena gigit pulak..Lebih-lebih lagi kalau ada baby kan..


b. Semasa tidur

- perlulah baring ke kanan dengan tangan kanan letak di bawah pipi kanan dan wajah di halakan ke arah kiblat..

- ataupun tidur secara terlentang dan kaki di silangkan

- nabi Muhammad melarang kita daripada tidur meniarap kerana tidur meniarap adalah cara syaitan tidur..Baby pun tak elok sebenarnya tidur meniarap..Orang barat selalu meniarapkan baby semasa tidur..Elok tuk baby katanya.. Jadi kita ni nak ikut Nabi Muhammad ke nak ikut orang barat?


c. Selepas tidur / sejurus bangun tidur

semasa kita tidur, syaitan mengikat 3 ikatan pada kita. Ikatan-ikatan itu akan terungkai selepas kita bangun daripada tidur jika kita buat 3 perkara di bawah sejurus selepas kita bangun daripada tidur..

> baca doa bangun tidur
> berwudhu
> solat

Jika korang amalkan semua sunnah Nabi di atas inshaa Allah korang akan bangun dengan bersemangat, ceria, gembira, bertenaga dan segar..Tak kan mengantuk walaupun korang tak cukup tidur...Hari korang akan ceria dan positif...

Amalkan sunnah nabi akan dapat pahala kan...Jadi jom amalkan sunnah nabi..

Perkongsian daripada ustaz toha dalam rancangan Assalamualaikum tv Al-hijrah.. Semoga perkongsian ni bermanfaat tuk korang...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, December 19, 2014

10 Kelebihan Vitamin E Yang Perlu Anda Tahu

10 Kelebihan Vitamin E Yang Perlu Anda Tahu | Perbezaan Vitamin E Shaklee Berbanding Vitamin E lain | Kelebihan Vitamin E Kepada Tubuh


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Korang tau tak vitamin E tu apa? vitamin yang familiar dengan korang biasanya vitamin c kan.. Vitamin E pun penting dan perlu tuk tubuh kita juga..Jom saya bawak korang kenali apa itu vitamin E

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan yang berfungsi melindungi sel dan tisu dalam badan daripada kerosakan akibat radikal bebas

haa...Pentingkan vitamin E ni...Jadi kalau korang ambil vitamin E, korang kena pastikan vitamin E yang korang ambil tu selamat dan berkesan kerana vitamin E yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak dilengkapi dengan selenium. Selenium ni penting supaya vitamin E dapat berfungsi dengan lebih baik kerana jika korang hanya makan vifamin E sahaja tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksin dalam jangka masa panjang


Perbezaan Vitamin E Shaklee Berbanding Vitamin E lain


Vitamin E shaklee terdiri daripada alpha-tocopherol concentrate yang lengkap dengan selenium.

Antara perbezaan vitamin E shaklee berbanding vitamin E 

> vitamin E shaklee bersumberkan bahan semulajadi

> Terdapat huruf d pada label menunjukkan ia daripada sumber asli

> mudah diserap badan

> mengandungi ekstrak Grade Seed

> mengandungi selenium iaitu unsur surih yang amat penting untuk fungsi sistem imun, bantu meningkatkan elastisiti kulit dengan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen kulit. Bantu melawan dan mencegah kanser terutama kanser payudara dan kanser prostat.

> Mengandungi vitamin E dan tocopherol


Vitamin E lain :

> dibuat daripada vitamin sintetik

> pada label tertera huruf I iaitu bermakna sumber tiruan atau sumber kimia

> biasanya tanpa selenium. Vitamin E tak dapat diserap oleh badan boleh menyebabkan toksik


10 Kelebihan Vitamin E


Antara kelebihan vitamin E Shaklee adalah:

> bertindak sebagai antikoagula yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Dapat mengurangkan risiko penyakit strok

> membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik

> Membantu menjaga salur darah agar sentiasa licin dan lancar untuk mengelak pembentukan plak kolestrol

> bertindak sebagai antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel badan

> vitamin E membantu pembesaran tulang yang sihat dan melindungi daripada bahan kimia dan asid yang mengganggu pembentukan tulang

> vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti sistem saraf, sistem otot dan sistem pembiakan

> awet muda dan melambatkan proses penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas

> Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil ( ambil sebelum hamil)

> melindungi paru-paru daripada pencemaran udara

> memudarkan parut-parut pada wajah


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, December 18, 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Hari ni nak join segmen lagi....Traffik blog agak memberangsangkan bila join segmen ni....Boleh popularkan blog, baru la orang kenal...Harap-harap blog ku ini semakin popular la ye..Harapnye korang tak bosan baca entry saya setiap hari..

Bukan setakat nak menjual shaklee tapi juga nak berkongsi ilmu dan maklumat dengan korang.. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ni bermanfaat untuk korang ye..Insha Allah...

Okey...Segmen kali ni daripada cikgu Ayu...Sempena cuti sekolah hujung tahun ni...Ada juga syarat-syaratnya...Tapi jangan risau..Mudah sangat syaratnya...Korang pun boleh join..Jom tengok syaratnya..


Syarat-Syarat Penyertaan





1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe

- DONE CIKGU AYU...

2. tajuknyer SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

- DONE CIKGU AYU

3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye

- DONE CIKGU AYU

4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...

- SAYA TAK TAG CIKGU...huhu

5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...

- Lepas siap ni saya gam kat komen ye cikgu ayu...

Segmen ni tamat pada hujung bulan ni iaitu 31 Disember 2014.. Jadi korang yang belum join tu cepat-cepat lah join ye...

** kalau korang nak order shaklee boleh whatsapp saya ye...

*** promosi disember vita-c, vita-e dan collagen powder..Set kecantikan.. Promosi tamat pada 31 disember 2014...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, December 17, 2014

12 Langkah Keselamatan Mengelak Anak-Anak Daripada Gangguan Si Penderita Paedophillia

12 Langkah Keselamatan Mengelak Anak-Anak Daripada Gangguan Si Penderita Paedophillia | Apa Itu Paedophillia?


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Hari ni nak cerita tentang anak-anak...Tentang keselamatan kanak-kanak..Tak kira lah anak kita ke adik kita ke sepupu kita ke anak jiran kita ke yang penting ia berkaitan dengan kanak-kanak dan keselamatan mereka..

Korang pernah dengar perkataan paedophillia? Kalau pernah korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan paedophillia?kalau tak pernah dengar dan tak tau apa itu paedophillia, mari ikut saya dan teruskan pembacaan korang..Saya akan terangkan maksudnya kat bawah ni...

Apa Itu Paedophillia?


Korang tau paedophillia ni apa? Untuk pengetahuan korang semua paedophillia ni satu  jenis manusia yang bila dia tengok kanak-kanak je dia rasa ghairah...mereka ni akan merasa terangsang secara seksual bila tengok baby ke, kanak-kanak ke..


12 Langkah Keselamatan Mengelak Anak-Anak Daripada Gangguan Paedophillia


1. Jangan post gambar anak-anak korang yang tak sesuai..Seperti gambar tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur, macam-macam lagi..Tak kira la anak korang lelaki ke perempuan..

2. Jangan dedahkan lokasi spesifik tempat-tempat yang anak korang selalu pergi..Seperti sekolah, rumah pengasuh, tempat bermain, taska..

3. Jangan post status yang mengatakan lokasi sebenar anak korang dan dengan siapa dia tinggal dalam media sosial

4. Teman anak walau ke mana sahaja mereka pergi. Sekolah, rumah kawan, taman permainan, kedai dan di mana-mana sahaja. Jangan biar anak anda pergi bersendirian.

5. Latih anak untuk elak duduk dipangkuan sesiapa sahaja terutama lelaki. Tak kira la dalam apa keadaan pun..

6. Jangan paksa anak jika dia merasa tak selesa dengan orang tertentu. Perhatikan dan awasi kelakuan anak korang

7. Sentiasa awasi dan perhatikan perangan anak korang. Kalau tiba-tiba jadi pasif dan pendiam mungkin ada sesuatu yang tak kena..

8. Ajar anak supaya tak bagi sesiapa pun pegang, sentuh atau tengok anggota badan kita yang sulit..

9. Beri perhatian bila anak korang bercakap tentang seseorang atau sedang marahkan seseorang

10. Sentiasa pakaikan anak korang pakaian yang bersesuai dan tidak terlalu terdedah

11. Hormati privacy anak korang. Kalau dia tak nak bergambar ke taknak buat apa yang korang suruh jangan terlalu memaksa..

12. Report atau buat aduan kepada pihak berwajib jika korang rasa anak korang diganggu oleh orang-orang seperti ini..


paedophilla ni boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Jadi korang kena pantau lebih tak kira la saudara ke kawan baik ke..Biar la orang kata kita overprotective ke apa ke asalkan anak kita selamat daripada perkara yang tak diingini..

Macam-macam jadi sekarang ni..Sebagai ibu bapa kita patut lebih beringat..Kes budak hilang pun makin banyak sekarang..Risau bila fikir bab-bab keselamatan anak ni kan..

oklah...Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang ye..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, December 16, 2014

6 Sebab Kenapa Pilih kolagen Powder Shaklee

6 Sebab Kenapa Pilih kolagen Powder Shaklee | Bahan-Bahan Yang Membantu Keberkesanan Kolagen Powder Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua....

Korang dah tau kan pasal promosi berganda bulan ni? Promosi vita-C dengan vita-E kan.. Tapi korang tau tak shaklee ada bagi lagi kejutan tuk korang-korang semua...Shaklee tambah promosi... Bukan berganda-ganda je...Tapi berganda-ganda-ganda...Bagi siapa yang pentingkan kecantikan tu bulan ni memang bulan bertuah korang la..Sebab set kecantikan ada diskaun tu...

Promosi bulan ni beli 6 percuma 1 vitamin C dan Vitamin E...Dan kalau beli twin pack korang akan dapat less 5%..yang ni korang dah tau kan? Kalau nak order 1 ke 2 ke 3 ke 4 ke pun bole..Whatsapp or sms or telegram saya ye..

Yang saya belum bagitau korang lagi adalah promosi beli 3 percuma 1 shaklee kolagen powder..Tapi mungkin korang dah tau dari blog-blog lain kot.. Jadi korang semua jom borong kolagen powder ni banyak-banyak sekarang...Berbaloi ok...promosi sampai hujung bulan ni je tau..Tahun depan dah takda stok untuk kolagen...Mungkin ambil masa dalam 9 ke 12 bulan baru akan restok kolagen powder shaklee ni...Jadi sementara ada promosi ni baik korang buat stok untuk korang la...Murah pun murah ni.. 

Jom kita tengok berkesan sangat ke kolagen powder ni kan..Tengok orang ramai duk heboh-heboh pasal kolagen powder shaklee ni.. Nak tau? Jom baca kat bawah ni...


6 Bahan Yang Buat Kolagen Powder Shaklee Berkesan


1. Sisik ikan dan ekstrak kerangan - Menyokong kesihatan sendi, menyokong keanjalan kulit dan pembentukan tisu-tisu penghubung

2. Ekstrak biji camellia japonica - Membantu menghidrat, mengekalkan kelembapan kulit dan membantu menyuburkan rambut

3. Ekstrak pfaffia - Penting dalam pertumbuhan rambut, kesihatan dalaman dan seksual, membantu menegangkan payudara wanita yang kendur, membabtu dalam penghasilan hormon

4. Vitamin C - sebagai antioksidan dan penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh.

5. Vitamin B - Bantu tukarkan karbohidrat dan lemak kepada tenaga, meningkatkan metabolisma badan serta membantu kurangkan stress

6. Lactobasillus Acidophillus - Membantu dalam sistem penghadapan supaya lebih cekap dan lawas, meningkatkan penyerapan kolagen dalam badan serta nutrien lain.


Testimoni kolagen powder shaklee



ni antara kelebihan kolagen powder shaklee..

sangat baik untuk kulit...Jom dapatkan kolagen powder promosi sekarang...Beli 3 percuma 1..Dapat free membership dan cash bonus...Lagi banyak beli lagi banyak boleh dapat cash bonus tau...Apa lagi jom la order sekarang...WhaTsapp, sms dan telegram saya kat nombor bawah ni ye..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, December 15, 2014

Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang

Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni taknak la cerita pasal supplimen ke, kesihatan ke, resepi ke, jalan-jalan ke..Nak cerita pasal giveaway pulak.. Best tau giveaway ni..Banyak hadiah dan bukan calang-calang jadiahnya..Sume gempak-gempak kot...Rugi rasanya kalau tak join ni..Doakan saya menang ye.. Hahaha...

Giveaway ni daripada blog tengkubutang sempena genap 2 tahun blognya pada 25 November 2014 lepas... Yang penting terbuka kepada semua blogger Malaysia..Jom la join..Kita meriahkan lagi giveaway ni...Sempat lagi tapi kene cepat la sebab tarikh tutup giveaway ni pada 20 Disember 2014 pukul 11.59 malam...

Macam biasa la mesti ada syarat..Kena cukup syarat kalau tak akan di tolak penyertaan korang.. Jom tengok syarat kat bawah..Mudah je...

Syarat-Syarat Penyertaan Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang



Syarat-syaratnya seperti berikut:

1. Buat entry bertajuk " GIVEAWAY 2 YEAR BLOG TENGKUBUTANG".
tempek banner ke entry korang dan link ke entry GA blog tengkubutang. Publish entry dan tinggalkan link entry korang kat bahagian komen GA..

2. Wajib follow blog owner dan blog sponser hadiah..
=====================================
TengkubutangMawarBiruJejakaHangatCtAmanHarithIskandar
BungaKayanganAisyahAmbrisKucenKucenBelogHoneyOyekeFaraHanimeyzamiel
MekzumbieErynixBlog Zarena Heeney mamanautokouCik Cyda
 Iskandar Daughter  Blog Ieta
MummySupplementShop 
=====================================

3. Follow instagram di bawah

******************************************
❤ Mawar Biru ❤ Ct Aman❤ izz_zara_shoppe ❤ mamanautokou ❤ Krim Herba Kemboja Original
 ietamatsaad  LadyShah
******************************************

4. Like fanpage sponser

******************************************
 Diari jejaka Hangat  | ❤ Wangian Gaharu Tahajud  | ❤ Rose Fesyen  | ❤ Iskandar Daughter  | ❤ Mekzumbie  | ❤  fantastic sophie |   Embun Beauty House | ❤ Aisyahambris  |  Azira Food Enterprise  | ❤ KRIM HERBA KEMBOJA OFFICIAL  | ❤  Cyda Yusof | ❤ FunKid Learning Shop  | ❤ EIMANELsDoorgift
❤ Ieta Mat Saad MummySupplementShop 
******************************************
add facebook - IskandarDaughterTengkubutangZarenaHeeney

5. Add Blog Mawar Biru ke dalam Bloglist Korang..Ni wajib ok..

6. Like dan share Gambar ini di Wall Fb korang secara public

7. Like dan share Gambar ini di wall Fb korang secara public

8. Like dan komen apa saja di Gambar ini

Kalau nak tau lagi lanjut sila ke blog owner ye...Ade senarai hadiah yang gempak-gempak...Jom join ramai-ramai...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...