Wednesday, July 29, 2015

Daging Hitam Manis Berkentang

Daging Hitam Manis Berkentang


Assalamualaikum...

Jom cuba resepi ini...

Bahan :


500g daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 batang kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
2 sudu besar rempah kurma
1 inci halia- dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
½ cawan cili kisar
2 sudu besar kicap pekat
1 cawan kicap lemak manis
2 biji kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang cili hijau
Garam dan serbuk perasa ayam




Cara membuat


1. Panaskan minyak, tumis bawang, cili kisar, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga garing dan naik bau
2. Daging yang telah dipotong kiub diperap bersama rempah kurma, jintan manis dan biji ketumbar yang telah dikisar serta kicap pekat
3. Masukkan daging dan tumis sehingga daging empuk. Tambah kicap lemak manis, cili hijau, garam dan serbuk ayam. Kacau sehingga agak kering.
4. Akhir sekali masukkan kentang
5. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba....

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

3 comments:

  1. Macam sedap je resepi ni admin. Nak cuba la...terima kasih ye atas resepi...

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je resepi ni admin. Nak cuba la...terima kasih ye atas resepi...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap ala2 semur klu masakan jawa. LM salin resepi ye. Jemu dah asik ulang masakan yg sama je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...