Thursday, January 29, 2015

Sebab Dan Simptom Penyakit Kekurangan Darah Kuning

Sebab Dan Simptom Penyakit Kekurangan Darah Kuning | Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) | Apa Itu Sel Darah Kuning Dan ITP?


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Baru-baru ni ade seorang rakan saya yang anaknya terpaksa di tahan di wad hospital kerana dikesan menghidap penyakit kurang darah kuning atau ITP..Korang tau ape tu darah kuning? Selalu yang kita tau darah merah dengan putih je kan, mana pulak datang darah kuning..Saya tau darah kuning sebab dulu ada la belajar sikit-sikit..Tapi tak berapa ingat dan tak tau pasal penyakit ITP ni..

Jadinya, saya pun google la info pasal penyakit kurang darah kuning ni..Kesian dan sedih jugak tengok anak rakan saya ni sebab masih bayi dan belum pun genap setahun umurnya.. hasil daripada google tadi terjumpa lah saya dengan info ini..Saya share kat sini untuk korang info tentang penyakit kurang sel darah kuning dan kalau korang nak tau lebih lanjut boleh berkunjung ke blog beliau..Dah kredit kat bawah ye...

Dalam tubuh kita ni terdapat sel darah yang terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih dan sel darah kuning juga dikenali sebagai platlet..Siapa yang belajar sains mesti ingatkan..Cuma lupa..ITP tu penyakit apa pulak kan..ITP tu sejenis penyakit gangguan terhadap pendarahan, sistem imun badan mengesan platlet atau sel darah kuning sebagai benda asing dan bertindak memusnahkan sel darah tersebut.

Sel darah kuning ni penting dalam proses pembekuan darah dengan sempurna. Jika sel ni dimusnahkan oleh sistem imun badan, menyebabkan proses pembekuan darah terganggu dan menyebabkan darah tidak dapat membeku dengan sempurna.

Penyakit Kurang Darah Kuning.

Sebab Dan Punca Berlaku Kekurangan Darah Kuning


ITP berlaku apabila sistem imun yang berfungsi sebagai pertahanan badan daripada penyakit menghasilkan antibodi dan menempel pada platlet. Limpa akan menyerang dan memusnahkan sel darah kuning dan sel yang menghasilkan platlet kerana menyangka ia adalah benda asing. Platlet akan terus dimusnahkan sehingga jumlah platlet berkurang.

jika platlet kurang, proses pembekuan darah menjadi tidak sempurna menyebabkan pesakit cenderung untuk alami lebam kerana berlaku pendarahan pada bawah kulit, pendarahan mukosa dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan pendarahan dalam tengkorak secara tiba-tiba.

penyakit ini jarang berlaku tetapi sangat bahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan. wanita lebih kerap dikesan menghidap penyakit ini berbanding lelaki. penyakit ini berlaku pada kanak-kanak disebabkan oleh jangkitan virus seperti demam, selsema dan batuk. kerap terjadi kepada orang dewasa yang mempunyai masalah sakit kronik dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu dalam jangkamasa panjang.
 

Simptom-Simptom Kekurangan Darah Kuning



Antara tanda yang dikesan pada pesakit yang kekurangan sel darah kuning adalah :
  1. darah haid yang luar biasa
  2. pendarahan dalam kulit menyebabkan ruam kulit ( bintik merah pada kulit )
  3. tompok kemerahan pada  kulit ( kadang kala rasa gatal )
  4. mudah terjadi lebam pada badan lebih-lebih lagi jika jatuh atau terlanggar sesuatu
  5. pendarahan pada rongga hidung atau dalam mulut

haa..ni antara info yang saya dapat..anak rakan saya tu  selsema dan batuk 2 minggu..bawak pegi hospital cek darah memang sangat rendah platlet dia..terus admit ke wad..sekarang pun masih turun naik lagi platlet dia..kena kerap jumpa pakar..mohon korang yang baca entry ni doakan kesembuhan anak rakan saya ye..


========================================================================
Read more: http://kamalmustafa.com/penyakit-kurang-darah-kuning.html#ixzz3Q0fqYfGw
========================================================================




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, January 21, 2015

Normalkan Pertambahan Berat Badan Korang Sepanjang Kehamilan?

Penambahan Berat Badan Semasa Hamil | Kenapa Berat Badan Bertambah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang..

Awal-awal tahun ni ada ke yang sambut orang baru ataupun sedang tunggu masa nak sambut orang baru? Kalau ada tahniah untuk korang..

Hari ni nak cerita pasal berat badan masa hamil..Masa saya hamil yang sulung, berat memang naik banyak..Badan pun memang nampak besar..Sepanjang hamil berat naik lebih kurang 20 kg..Lepas bersalin nasib baik boleh turun balik..Hamil anak kedua pun macam tu..Tapi sebab ada GDM masa hamil yang kedua ni kena pantau berat..naik 14kg..Korang macam mana pulak? Boleh la kongsi kat komen ye..

Korang tau tak sebab apa masa hamil berat kita  naik? Sebab ada baby kan..Betul la tu..Jom baca lagi ape sebab berat perlu naik semasa hamil..Kalau berat turun pun tak boleh juga..


Kenapa Berat Badan Bertambah Semasa Hamil dan Berapa Pertambahan Berat Badan Yang Normal Sepanjang Kehamilan?


Kenapa berat bertambah semasa hamil? Semasa hamil badan kita akan menjadi besar dan berubah..Berat badan pun akan naik sebab ada manusia yang sedang membesar dalam rahim kita..Makin kandungan kita membesar makin bertambah berat badan kita..1/3 daripada pertambahan berat badan adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban. Sehingga akhir kehamilan purata berat bayi adalah sekitar 3.2kg sehingga 3.4kg. Air ketuban pulak 0.8kg..Air ketuban ni tak boleh lebih tak boleh kurang untuk tampung dan sokong bayi yang semakin membesar.

2/3 lagi adalah pertambahan berat dalam badan antaranya adalah:

i. Lapisan otot uterus membesar, berat bertambah 0.9kg
ii. Lebihan cairan dalam badan, 1.2kg
iii. Isipadu darah bertambah, 1.2kg
iv. Berat payudara meningkat sebanyak 0.4kg
v. Simpanan lemak dalam badan untuk tenaga semasa penyusuan bayi, 4kg

ni adalah anggaran kat mana pertambahan berat badan kita masa hamil..Pertambahan berat yang ideal sepanjang kehamilan adalah antara 10kg sehingga 12.5kg..Orang kata kalau berat banyak naik masa kita hamil, bila dah bersalin nanti berat susah nak turun balik..Tapi taktau la sebab sekarang berat saya turun lagi banyak daripada naik..

Korang selalu tak kira BMI badan korang? BMI tu ukuran berat berbanding ketinggian..Ni la yang menentukan korang ni dalam kategori berat apa..Normal ke..Kurus ke..Obes ke..

Jadi,

i. kalau BMI korang tinggi sebelum hamil, korang kena minimumkan pertambahan berat badan korang..Sebabnya makin banyak berat korang naik makin besar risiko kepada korang dan bayi. Antara risikonya adalah kencing manis, tekanan darah tinggi dan bayi besar.

ii. Kalau BMI korang masa sebelum hamil kurang, korang kena maksimumkan pertambahan berat..Tapi mesti dalam julat normal macam saya nyatakan kat atas tadi la..Kalau berat korang sama atau menurun, risiko pada bayi seperti lahir pramatang, atau bayi kecil..

Mengawal Kenaikan Berat Badan Semasa Hamil

Berikut antara kaedah yang boleh korang amalkan untuk mengawal kenaikan berat badan korang semasa hamil. Antaranya adalah :

a. Makan secara sederhana
- wanita hamil memerlukan kira-kira 2000 kalori setiap hari. Jadi korang boleh la mula kira kalori korang setiap hari.. 3 bulan terakhir kehamilan anda perlukan 200 tambahan kalori sehari.

b. Makan makanan yang sihat
- tak semestinya bila korang hamil korang boleh makan apa yang korang suka..Konon mengidam tak sudah-sudah..Korang patut amalkan makanan yang sihat untuk kebaikan korang dan bayi juga..Kata sayang anak kan...

- contoh sajian harian sihat yang disarankan adalah 1/3 karbohidrat < roti, pasta,kentang dan bijirin>, 1/3 buah dan sayuran < 5 hidangan sehari>, 1/3 protein < daging, ikan, telur, kekacang>

c. Pengambilan produk tenusu
- penting untuk sumber kalsium korang dan bayi..Penting untuk pembentukan tulang, kuku dan gigi bayi..Kalau kalsium korang pun tak cukup macam mana baby korang nak serap kalsium untuk pertumbuhan dia..Kan...

- contohnya susu, yogurt dan susu..Sebaiknya ambil produk tenusu yang rendah lemak

d. Pengambilan snek
- Elakkan pengambilan snek yang tidak sihat dan tinggi kandungan lemak dan gula seperti biskut, kek dan aiskrim.

- gantikan dengan snek yang sihat seperti buah segar, biskut bijan kurang lemak, yogurt dan buahan kering

e. Senaman
- ramai wanita yang bagi alasan hamil untuk tidak bersenam..Saya pun macam tu jugak dulu...Bukan semua senaman tidak selamat untuk wanita hamil..Tak perlu senaman yang berat-berat..Cukup sekadar keluarkan peluh dan dalam masa beberapa minit sahaja. Ada juga senaman yang memang khas untuk wanita hamil..

oklah..Itu sahaja..Semoga bermanfaat untuk korang semua..Jangan lupa share berapa pertambahan berat korang masa hamil kat ruangan komen ye...Tq..

* kalau nak order shaklee whatsapp saya ye..0126602016

** ada promo gempak bulan ni..Tinggal 9 hari je lagi..Jangan lepaskan peluang korang #vivix #alfalfa #vitaleaforchildren

*** nak order karipap mini ctnoor bole contact husband saya, harizal 0196134823 -100% bumiputera dan dijamin halal...-



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, January 14, 2015

Fakta Tentang Ubat Batuk Yang Ramai Tidak Tahu

Fakta Tentang Ubat Batuk Yang Ramai Tidak Tahu | Keburukan Ubat Batuk Kepada Kanak-Kanak



Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Korang pernah tak ambil ubat batuk? Tak kira la yang beli kat kedai ke kat farmasi ke atau ambil dari klinik ke? Mesti pernah kan.. Korang tau tak ubat batuk ni banyak keburukannya.. Mungkin ada antara korang yang tau dan tak kurang juga yang tak tahu kan.. Sebab tak banyak info tentang keburukan ubat batuk ni..Hospital dan klinik mesti tau tapi takda artikel ilmiah tentang ni di keluarkan..Kalau ada pun, ianya tentang ubat batuk je..Bukan keburukan...

Kalau korang perasan, ubat batuk tak disarankan untuk kanak-kanak bawah 1 tahun..Kalau korang bawak anak korang yang bawah 1 tahun ke klinik sebab batuk, doktor akan cadangkan kaedah penyembuhan yang alami je..Secara semulajadi yang macam petua-petua tradisional tu..Tak pun bagi banyak air masak..Diorang tak sarankan ambil ubat batuk. Bukan untuk bayi bawah 1 tahun je, kadang-kadang kanak-kanak 12 tahun ke bawah pun doktor tak cadangkan untuk ambil ubat batuk..

Lagi satu untuk wanita hamil, pada dasarnya semua ubat batuk adalah dilarang untuk semua wanita hamil. Macam yang saya ceritakan dalam entry ubat semasa hamil..Semua jenis ubat batuk berbahaya kepada wanita hamil. Namun, kalau batuk terlampau teruk dan berpanjangan doktor akan sarankan pengambilan ubat batuk dengan dos yang rendah dan sesuai untuk wanita hamil.. Jika pengambilan ubat batuk semasa hamil lebih banyak kebaikan daripada keburukan, maka harus untuk kita ambil ubat batuk..

Saya ada terjumpa satu artikel yang dikongsikan oleh rakan facebook saya tentang bahaya ubat batuk.. Artikel ini dikeluarkan oleh sebuah hospital kerajaan. Tapi saya tak ingat hospital mana...Nak tau apa kandungan artikel ini? Jom lihat di bawah...

Adakah Ubat Batuk Berkesan Merawat Batuk Dan Selsema Kanak-Kanak?


Batuk dan selsema adalah masalah biasa yang seringkali dihidapi kanak-kanak. Kebanyakkan batuk adalah disebabkan jangkitan saluran pernafasan seperti demam selsema. Kebiasaannya kanak-kanak akan demam sekitar 6 hingga 12 kali setahun akibat darioada jangkitan virus.

Demam selsema adalah penyakit yang boleh sembuh sendiri. Ubat tidak dapat mengubati demam selsema tetapi hanya mengubati simptom sakit itu sendiri.
Ramai antara kita klau anak batuk je terus bagi ubat batukkan dengan anggapan batuk akan reda...Yela..Siapa yang sanggup tengok anak batuk tak henti-henti..Saya pun gitu juga. Namun anggapan begitu adalah salah sebabnya masih tiada bukti bahawa ubat batuk mampu membantu melegakan simptom batuk. Jika anak korang batuk tapi masih kelihatan sihat, korang tak perlu risau kerana tiada masalah yang  serius. Kalau korang risau, korang boleh terus bawa anak korang terus jumpa doktor pakar kanak-kanak. Jika batuk disebabkan oleh jangkitan virus, ia mungkin berlanjutan sehingga berminggu-minggu lamanya.

Asap rokok juga boleh akibatkan batuk makin teruk. Jadi elakkan anak korang dengan si perokok tegar ni..Kalau diluar pastikan tempat korang berada tu bebas asap rokok atau asap-asap lain.

Kesimpulannya, ubat batuk sebenarnya tidak berkesan dan tidak selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak bawah 6 tahun. Kajian menunjukkan ubat batuk membawa mudarat kepada kanak-kanak dan masih tiada bukti yang menunjukkan ubat batuk berkesan mengubati simptom itu. Saranan daripada KKM sekarang, ubat batuk tidak diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun. Kanak-kanak 2 tahun ke atas juga tidak digalakkan melainkan atas nasihat daripada doktor.

Ha..Sekarang korang dah tau kan..Jadi apa tindakan korang sekarang? Mesti korang nak yang terbaik untuk anak korang kan...Bertindak segera demi anak korang..Cewah..Tetibe semangat lebih..

** kalau korang nak order shaklee whatsapp je saya..
*** shaklee ade set yang sesuai untuk kanak-kanak
**** bukan ubat hanya suppliment..Bukan merawat hanya membantu..

#sumber artikel : Jabatan Farmasi Hospital Port Dickson,2014


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, January 10, 2015

Bila Anak Kecil Demam | Demam Campak Keladi

Bila Anak Kecil Demam | Demam Campak Keladi


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Tak sempat lagi nak update info-info baru untuk korang semua...Sangat penat dan letih minggu ni..Badan letih hati pun letih..Anak saya yang kedua tu demam minggu ni.. Hari Ahad lepas badan dia da mula panas..Ingat demam biasa je la...Tapi sentiasa cek suhu sebab takut suhu jadi tinggi tiba-tiba..Hari rabu pagi tu tiba-tiba suhu tinggi jadi 39.9°c...Mujur ada jiran ni nurse..Dia suruh bagi ubat masuk punggung tu...Lepas masuk ubat tu suhu pun drop..Tapi masih ingat demam biasa lagi.

Lepas dari tu memang badan dia tak panas dah..Ingatkan dah sihat..Rupanya hari khamis keluar campaknya..Ingat ruam tapi sebab banyak sangat tanya la jiran yang nurse tu..Dia kata campak..Sama macam kakaknya dulu..Kena pun baya-baya ni juga la 10 ke 11 bulan.. Tak boleh kita nak buat apa...Asyik nak mengempeng je 24 jam..Nak dukung je tapi taknak kat orang lain pulak tu...

Hari ni dah beransur baik la...Harap-harap tak berjangkit kat kakak pulak..Kakak baru tidur ni..Tunggu ayah blk kerja nak main sama..Tapi ayah tidur dulu..Kesian kakak..Alahai anak.. Semoga anak-anak bonda sentiasa sihat hendaknya...Sentiasa dalam lindungan Allah..Aamiin...

Kalau korang ada yang nak order shaklee atau nak tanya apa-apa, korang whatsapp je nombor kat bawah ni ye.. Sambil-sambil kendong anak Inshaa Allah bole je saya balas pertanyaan dan order korang...Harap-harap korang support saya dan doakan kesihatan anak-anak saya ye...

Oh..Lupa..Diorang kata ni campak keladi..Jenis yang halus-halus tu..Korang pernah dengar campak keladi? Ada apa-apa petua tak?kalau ada jom kongsi petua korang kat ruangan komen di bawah ye..Mudah-mudahan dapat la membantu saya...Sebelum ni saya sapu losyen ubat yang doktor bagi je..Sebab baby pun baru 10 bulan..

Okla korang ..Anak dah gerak-gerak mintak susu ni...Jumpa korang dalam entry akan datang ye...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, January 5, 2015

Kebaikan Biji Anggur Yang Korang Tak Tahu Terdapat Dalam Vitamin E

Kebaikan Biji Anggur Yang Korang Tak Tahu Terdapat Dalam Vitamin E | Fungsi Procyanidin Dalam Vitamin E Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Baru balik dari ziarah seorang kawan lama...Kalau dulu cerita pasal diri, study..Sekarang bila jumpa dah cerita pasal anak-anak je..Lama dah tak jumpa pun...Okay..Abis cerita pasal kawan lama sekarang nak cerita pasal supplimen pulak...

Korang dah bacakan entry saya tentang vitamin E sebelum ni? Kalau belum baca sila baca sekarang...Garang tak?hahaha...Taklah..Kalau korang belum baca lagi sila lah baca ye...Mana tau sesuai untuk korang..Kalau korang minat jangan malu-malu whatsapp saya ye..

Entry ni pun masih lagi nak cerita pasal vitamin E shaklee..Tapi nak cerita tentang bahan yang berharga yang terdapat dalam ekstrak biji anggur...Selalu kalau korang makan buah anggur korang buang tak bijinya?saya buang sebab pahit sikit kan...

Tapi korang tau tak biji anggur ada kebaikannya tau..Sebab tu dalam vitamin E shaklee ada ekstrak biji anggur sebagai ramuan..Korang mesti tertanya-tanya kan apa kebaikan biji anggur ni..


Kebaikan Ekstrak Biji Anggur Dan Fungsi Procyanidin



Kebaikan ekstrak biji anggur (grape seed) adalah seperti di bawah :

i. Mengandungi bioflavonoids yang menguat dan melindungi sel hidup dalam tubuh

ii. Mengandungi procyanidin sebagai bahan aktif

iii. Anti oksidan yang baik. 20-50 kali lebih efektif berbanding antioksidan biasa seperti vitamin E, vitamin C dan beta carotene

iv. Mengandungi bahan-bahan seperti protein, karbohidrat dan lipid

v. Anti penuaan

vi. Anti pembengkakan, anti arthiric, anti alergik, menghalang radikal bebas, menghalang kerosakan akibat sinar uv

vii. Anti karsinogenik dan agen anti tumor


Fungsi Procyanidins Dalam Vitamin E


a. Membantu melindungi tubuh daripada penuaan pramasa dengan meningkatkan tahap vitamin C dan menyingkirkan toksin daripada tubuh

b. Mengikat bersama kolagen dalam tubuh untuk mempertingkatkan kesihatan sel kulit dan keanjalan kulit

c. Melindungi tubuh dari kerosakan ajibat pendedahan terhadap cahaya matahari

d. Membantu memperbaiki penglihatan, memperbaiki kesihatan arteri dan tisu tubuh dan keanjalan sendi

e. Membabtu mencerahkan wajah, mempercepatkan penyembuhan luka

f. Membantu memperbaiki sistem peredaran darah dan jantung


terdapat ramuan rahsia dalam ekstrak biji anggur ni iaitu resveratrol yang mana kebaikannya sama dengan procyanidins dan dapat membantu proses otak berjalan dengan lebih efektif..


Kenapa Pilih Vitamin E Shaklee?


kalau tanya saya pilih vitamin E yang mana, mesti saya kata saya pilih vitamin E shaklee...Bukan sebab saya jual Shaklee...Kenapa? Sebab vitamin E shaklee selamat dan berkesan la...

Vitamin E sebenarnya terdiri daripada beberapa bentuk berbeza iaitu 4 tocooherol dan 4 tocotrienols. Bentuk utama vitamin E dalam makanan adalah gamma tocopherol. Ia menentang radikal bebas yang berbeza dalam tubuh dan mempunyai kesan anti imflammatori yang lebih baik daripada alpha tocopherol. Kebanyakkan suplimen diet mengandungi alpha tocopherol. Campuran tocopherol dalam vitamin E shaklee memberi kombinasi yang baik antara tocopherol lain yang terdapat dalam alam semulajadi. Penting bagi kita untuk menganbil vitamin E dalam bentuk yang berbeza

Jadi Vitamin E Shaklee adalah pilihan yang terbaik bagi saya... Korang macam mana pula?




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, January 1, 2015

2 Langkah Kurangkan Berat Badan Serta Kuatkan Lutut

2 Langkah Kurangkan Berat Badan Serta Kuatkan Lutut | Petua Dari Segi Sains Pemakanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni saya nak kongsi dengan korang petua...Mesti korang suka kan petua-petua ni...Saya pun suka kalau bab-bab petua ni...Lebih-lebih lagi kalau bahan dan caranya ringkas dan mudah macam petua yang saya nak kongsikan ni...Nak tau petua apa? Jom jenguk kt bawah ni ye...

2 Langkah Kurangkan Berat Badan


2 langkah je tau..Bahan pun 2 je...Pejam mata pun boleh buat kot..Hahaha..Over la tu..Tak sabar pulak nak bagitau korang...Cepat-cepat baca langkah kat bawah  ni...

Langkah 1 :
- makan epal hijau atau jusnya setiap hari. Paling kurang pun sebiji sehari selama seminggu...Kalau korang peminat tegar epal hijau boleh la korang makan sebanyak yang boleh dalam sehari..

- tujuannya untuk membuang lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut dan mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa makanan lain daripada dinding usus

- boleh makan makanan lain selepas makan buah epal tapi jika minum jusnya perlu tunggu sehingga 15 ke 20 minit baru boleh ambil makanan lain.


Langkah 2:
- makan buah lemon atau jusnya 1 biji sebelum sarapan atau 1 biji sebelum tidur setiap hari untuk proses detoksifikasi badan. 

- bersifat asid tetapi bila dah berada dalam badan akan bertukar menjadi alkali.

- rasanya sangat masam. Korang boleh buat jus dan tambahkan dengan madu atau gula perang.

- Rasai kesannya dalam masa lebih kurang dua minggu. Inshaa Allah...

Mudahkan...Okay sekarang kita lihat macammana nak bagi lutut kita kuat...Kekadang berdiri lama sikit dah tak berdaya...Belum pun berumur lagi ku ini..Kalau dah tua nanti tak tau la...

Kuatkan Lutut

yang ni pun mudah sangat...Bahan yang selalu kita jumpa kat pasar..Kat dapur pun selalu ada ni...

- hiris nipis bendi muda dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada waktu pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Lihat kesan dalam tempoh sebulan..

Mudah sangatkan...3 bahan je...Saya dah cuba makan epal hijau...Berkesan...Lemon dengan bendi je belum lagi...Biasa buat bendi goreng je...Semoga bermanfaat untuk korang.. Selamat mencuba.. 

Kalau korang nak cara lain boleh ambil set kurus shaklee...Nama je set kurus tapi bukan setakat kurus je manfaat dan kebaikan yang korang dapat.. Berganda-ganda Kebaikan...Badan dah tentu-tentu sihat lepas ambil ni..Pembuangan najis pun akan lancar sesuai tuk korang yang susah nak membuang, kulit cantik, toksin dalam badan pun dibuang juga...

Ada macam-macam set kurus..Boleh ikut bajet yang sesuai dengan anda..Yang paling bajet herb-lax dan lecithin...Untuk lutut dan sendi-sendi pulak korang boleh ambil ajht...Memang sesuai...

* kalau korang minat boleh whatsapp nombor saya ye..Korang nak tanye pape pun bole..Silakan ye...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...