Penambahan Berat Badan Semasa Hamil | Kenapa Berat Badan Bertambah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang..
Awal-awal tahun ni ada ke yang sambut orang baru ataupun sedang tunggu masa nak sambut orang baru? Kalau ada tahniah untuk korang..
Hari ni nak cerita pasal berat badan masa hamil..Masa saya hamil yang sulung, berat memang naik banyak..Badan pun memang nampak besar..Sepanjang hamil berat naik lebih kurang 20 kg..Lepas bersalin nasib baik boleh turun balik..Hamil anak kedua pun macam tu..Tapi sebab ada GDM masa hamil yang kedua ni kena pantau berat..naik 14kg..Korang macam mana pulak? Boleh la kongsi kat komen ye..
Korang tau tak sebab apa masa hamil berat kita naik? Sebab ada baby kan..Betul la tu..Jom baca lagi ape sebab berat perlu naik semasa hamil..Kalau berat turun pun tak boleh juga..
Kenapa Berat Badan Bertambah Semasa Hamil dan Berapa Pertambahan Berat Badan Yang Normal Sepanjang Kehamilan?
Kenapa berat bertambah semasa hamil? Semasa hamil badan kita akan menjadi besar dan berubah..Berat badan pun akan naik sebab ada manusia yang sedang membesar dalam rahim kita..Makin kandungan kita membesar makin bertambah berat badan kita..1/3 daripada pertambahan berat badan adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban. Sehingga akhir kehamilan purata berat bayi adalah sekitar 3.2kg sehingga 3.4kg. Air ketuban pulak 0.8kg..Air ketuban ni tak boleh lebih tak boleh kurang untuk tampung dan sokong bayi yang semakin membesar.
2/3 lagi adalah pertambahan berat dalam badan antaranya adalah:
i. Lapisan otot uterus membesar, berat bertambah 0.9kg
ii. Lebihan cairan dalam badan, 1.2kg
iii. Isipadu darah bertambah, 1.2kg
iv. Berat payudara meningkat sebanyak 0.4kg
v. Simpanan lemak dalam badan untuk tenaga semasa penyusuan bayi, 4kg
ni adalah anggaran kat mana pertambahan berat badan kita masa hamil..Pertambahan berat yang ideal sepanjang kehamilan adalah antara 10kg sehingga 12.5kg..Orang kata kalau berat banyak naik masa kita hamil, bila dah bersalin nanti berat susah nak turun balik..Tapi taktau la sebab sekarang berat saya turun lagi banyak daripada naik..
Korang selalu tak kira BMI badan korang? BMI tu ukuran berat berbanding ketinggian..Ni la yang menentukan korang ni dalam kategori berat apa..Normal ke..Kurus ke..Obes ke..
Jadi,
i. kalau BMI korang tinggi sebelum hamil, korang kena minimumkan pertambahan berat badan korang..Sebabnya makin banyak berat korang naik makin besar risiko kepada korang dan bayi. Antara risikonya adalah kencing manis, tekanan darah tinggi dan bayi besar.
ii. Kalau BMI korang masa sebelum hamil kurang, korang kena maksimumkan pertambahan berat..Tapi mesti dalam julat normal macam saya nyatakan kat atas tadi la..Kalau berat korang sama atau menurun, risiko pada bayi seperti lahir pramatang, atau bayi kecil..
Mengawal Kenaikan Berat Badan Semasa Hamil
Berikut antara kaedah yang boleh korang amalkan untuk mengawal kenaikan berat badan korang semasa hamil. Antaranya adalah :
a. Makan secara sederhana
- wanita hamil memerlukan kira-kira 2000 kalori setiap hari. Jadi korang boleh la mula kira kalori korang setiap hari.. 3 bulan terakhir kehamilan anda perlukan 200 tambahan kalori sehari.
b. Makan makanan yang sihat
- tak semestinya bila korang hamil korang boleh makan apa yang korang suka..Konon mengidam tak sudah-sudah..Korang patut amalkan makanan yang sihat untuk kebaikan korang dan bayi juga..Kata sayang anak kan...
- contoh sajian harian sihat yang disarankan adalah 1/3 karbohidrat < roti, pasta,kentang dan bijirin>, 1/3 buah dan sayuran < 5 hidangan sehari>, 1/3 protein < daging, ikan, telur, kekacang>
c. Pengambilan produk tenusu
- penting untuk sumber kalsium korang dan bayi..Penting untuk pembentukan tulang, kuku dan gigi bayi..Kalau kalsium korang pun tak cukup macam mana baby korang nak serap kalsium untuk pertumbuhan dia..Kan...
- contohnya susu, yogurt dan susu..Sebaiknya ambil produk tenusu yang rendah lemak
d. Pengambilan snek
- Elakkan pengambilan snek yang tidak sihat dan tinggi kandungan lemak dan gula seperti biskut, kek dan aiskrim.
- gantikan dengan snek yang sihat seperti buah segar, biskut bijan kurang lemak, yogurt dan buahan kering
e. Senaman
- ramai wanita yang bagi alasan hamil untuk tidak bersenam..Saya pun macam tu jugak dulu...Bukan semua senaman tidak selamat untuk wanita hamil..Tak perlu senaman yang berat-berat..Cukup sekadar keluarkan peluh dan dalam masa beberapa minit sahaja. Ada juga senaman yang memang khas untuk wanita hamil..
oklah..Itu sahaja..Semoga bermanfaat untuk korang semua..Jangan lupa share berapa pertambahan berat korang masa hamil kat ruangan komen ye...Tq..
* kalau nak order shaklee whatsapp saya ye..0126602016
** ada promo gempak bulan ni..Tinggal 9 hari je lagi..Jangan lepaskan peluang korang #vivix #alfalfa #vitaleaforchildren
*** nak order karipap mini ctnoor bole contact husband saya, harizal 0196134823 -100% bumiputera dan dijamin halal...-
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"