Friday, December 5, 2014

Pilihan Ditangan Anda | Panduan Memilih Taska Untuk Anak Anda

Pilihan Ditangan Anda | Panduan Memilih Taska Untuk Anak Anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Korang bekerja kan? Tinggalkan anak dekat taska atau pengasuh? Mesti korang stress dan risau jugakkan nak tinggalkan anak kat orang..Tapi terpaksa berkorban sebab bekerja kan...

Saya memang dari anak baby lagi jaga sendiri sebab takut nak tinggal kat orang.. Suami je kerja sorang walaupun kadang-kadang tengah bulan pancit juga.. Sekarang ni buat shaklee je dari rumah..Siapa nak order shaklee bole whatsapp je ye...Eh..Promote kat sini pulak...

Hari ni saya nak kongsi dengan korang macam mana nak pilih taska untuk anak-anak korang. Yang penting selamat..Sebab sekarang ni kan banyak kes-kes melibatkan anak-anak dengan taska..Mana kes dera la, kes kematian la, tersedak susu, tak bagi makan, bagi makan tak bersih dan macam-macam lagi la...Ngeri bila dengar dan memang niat taknak bagi anak kat orang jaga..Tapi bagi korang yang suami isteri kerja terpaksa juga hantar anak ke taska. Tapi korang kena pastikan taska yang di pilih terbaik dan selamat. 

Panduan Memilih Taska Untuk Anak Anda


1. Spesifikasi taska menepati piawaian pihak berkuasa

- pastikan taska ada lesen dan pengasuh mengikuti kursus anjuran jabatan kebajikan masyarakat, bomba untuk pastikan keselamatan dan bekalan alat cegah kebakaran, jabatan kesihatan untuk pantau rekod perkembangan kesihatan kanak-kanak dan pihak berkuasa tempatan sebagai pemantau kesesuaian dan keselamatan bangunan taska.

2. Jenis bangunan taska yang sesuai

- kegunaan ruang yang kondusif, fasiliti dan kelengkapan harian yang sempurna dan ada kemudahan rekreasi yang selamat untuk kanak-kanak bermain

3. Lokasi taska

- keutamaan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan lapang seperti padang permainan, persekitaran yang sesuai dengan kanak-kanak

4. Persekitaran yang sihat

- suasana ceria, ada peredaran udara segar dan cahaya semulajadi untuk kanak-kanak tinggal dan selesa

5. Pendidik atau pengasuh taska tersebut

- pastikan pakaian sopan dan akhlak mulia, sahsiah yang murni. Mengamalkan etika sebagai pendidik yang sebenar

6. Kebersihan dan cara penyediaan makanan

- makanan yang disediakan mesti berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Pemilihan menu makanan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak

7. Bilangan kanak-kanak yang dijaga

- Nisbah kanak-kanak perlu bersesuaian dengan bilangan pengasuh dan keluasan kawasan taska

8. Kemudahan kecemasan dan keselamatan

- pengasuh perlu tahu dan kuasai kemahiran bantuan awal kecemasan. Perlu perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut seperti susunan perabot dan keadaan lantai

9. Penyimpanan rekod dan dokumen

- pastikan taska mempunyai rekod berkaitan maklumat kanak-kanak, butir peribadi ibubapa, nombor telefon yang perlu dihubungi jika kecemasan

10. Kandungan program didikan dan asuhan

- aktiviti taska terancang dan tersusun merangkumi didikan dan asuhan yang telah ditetapkan

Tips dan panduan ni saya ambil daripada majalah pa&ma..Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang...

** kalau nak order shaklee whatsapp nombor kat bawah ye...

*** cepat grab promo akhir tahun..Promosi berganda tu...

=====================================
PROMOSI DISEMBER 2014

Buy 6 free 1 Vita-C
Buy twinpack less 5% discount

Buy 6 free 1 Vita E
Buy twinpack less 5% discount

Set kulit cantik - vitamin C + vitamin E
Biasa : RM 242
Promo : RM 1**
=====================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. Pages : https://www.facebook.com/bondaseri Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...