Wednesday, December 24, 2014

4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil

4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil | Ubat-Ubatan Dan Kehamilan | Indeks Keselamatan Kehamilan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang... 

Tahun depan en husband akan dapat 2 orang anak sedara...Kakak dan adik ipar dia sekarang ni tengah mengandung..Jiran kat sini pun ada yang tengah mengandung ni..Saya? Inshaa Allah kalau ada rezeki...Adeena bulan ni baru 9 bulan..Tapi kalau Allah nak bagi rezeki lagi kitorang terima je...

Okay...dah alang-alang kita cerita pasal hamil ni, nak kongsi sikit tentang ubat-ubatan untuk wanita hamil ni dan 4 tips bijak pilih ubat semasa hamil.. Tak semua ubat yang biasa kita ambil semasa tak hamil boleh kita ambil semasa hamil..Kadang kala ubat boleh jadi racun kepada wanita hamil tau.. Masa awal-awal kehamilan tu elakkan mengambil sebarang ubat-ubatan..

Mari kita lihat ubat apa yang perlu dielakkan semasa hamil dan kesan sampingan kepada ibu dan kandungan..


Ubat-Ubatan Yang Perlu Dielak Semasa Hamil Dan Kesan Terhadap Kandungan



Ini antara ubatan yang berbahaya kepada wanita hamil dan kesan sampingannya jika diambil oleh wanita hamil..

> ubat tahan muntah - boleh menyebabkan kecacatan pada bayi

> ubat ulser perut - boleh menyebabkan wanita hamil keguguran kerana ia mengecutkan rahim

> ubat darah tinggi - mengecutkan salur darah dalam rahim menyebabkan nutrien tak dapat disalurkan pada janin dan menyebabkan tumbesaran janin terencat

> ubat batuk dan selsema- actified, piriton dan semua ubat batuk

> antibiotik - doxycyclines, minocyclines, bactrim, septia boleh menghalang manfaat folic asid yang penting untuk pertumbuhan bayi. Nitrofurantoin tidak boleh diambil selepas kandungan berusia 36 minggu kerana boleh menyebabkan kerosakan pada sel darah merah bayi

> ubat tiroid - L.tyroidsin

> ubat tahan sakit - ponstan, jika dos berlebihan atau pengambilan yang kerap boleh menyebabkan keguguran dan proses kelahiran lambat..


Indeks Keselamatan Kehamilan


Indeks ini digunakan untuk menentukan ubat apa yang sesuai dan tidak sesuai diambil oleh wanita hamil. Terdiri daripada 5 kategori iaitu A, B, C, D dan X.. Mari kita tengok apa yang ada dalam kategori di atas..

Kategori A - ubat yang selamat digunakan semasa hamil dan tiada ujian ke atas haiwan.

Kategori B - ubat ini masih selamat untuk wanita hamil, tiada kesan pada janin haiwan, tidak diuji pada wanita hamil boleh diambil tetapi perlu berhati-hati..

Kategori C - ubat ini memberi kesan kepada janin tetapi tidak menyebabkan kecacatan. Boleh diambil sekiranya perlu atas nasihat doktor dan telah diberitahu risikonya. Contohnya ubat darah tinggi, kemurungan dan kencing manis

Kategori D - ubat yang telah atau dijangka akan memberi kesan mudarat dan kecacatan kepada janin dan bayi. Boleh diambil jika manfaat lebih daripada keburukan pada bayi atas nasihat doktor. Contohnya ubat sawan dan kanser

Kategori X - ubat yang berisiko tinggi dan menyebabkan kecacatan pada janin dan bayi. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil.

Jika korang telah terambil ubatan yang berisiko kepada ibu hamil, apa yang perlu korang lakukan adalah :

a. hentikan pengambilan serta merta
b. maklumkan kepada doktor yang korang pernah ambil ubat tersebut
c. doktor akan lakukan pemantauan ke atas bayi
d. rancang rawatan dari awal untuk sebarang kemungkinan


4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil


Bukan semasa hamil je kena bijak pilih ubat, semasa tak hamil pun kena bijak juga..Ubat untuk anak-anak, untuk dewasa..Kadang-kadang tak semua ubat sesuai untuk badan kita. Jadi, korang perlulah bijak pilih ubat tak kira dalam situasi apa pun..

4 tips bijak pilih ubat :

1. Pastikan korang berbincang dulu dengan doktor atau ahli farmasi. Beritahu korang sakit dan sedang hamil, mereka akan cadangkan ubat yang sesuai untuk wanita hamil

2. Ketika beli produk di farmasi, baca maklumat pada label ubat dengan teliti terlebih dahulu..Kebanyakan produk akan tulis jika tidak sesuai diambil jika hamil dan menyusu

3. Jika demam atau penyakit biasa kawal pengambilan dos ubatan dengan betul. Berbincang dan doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk wanita hamil dengan dos yang sesuai.

4. Jika dalam rawatan ubat seperti diabetis dan darah tinggi dan ingin hamil, berbincanglah dengan doktor korang. Doktor akan tukar ubat yang sesuai untuk kehamilan.


Secara keseluruhannya, kesan sampingan jika ubatan diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jika ambil padatrimester ke-2 dan ke-3 boleh menyebabkan berat bayi kurang, lahir pramatang dan pertumbuhan terencat.

Periksalah ubat korang ye...Pastikan selamat baru ambil...Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua...

Korang pun boleh ambil set kehamilan shaklee..Selamat dan berkesan sebab bukan ubat pun..Cuma makanan tambahan..Insha Allah korang akan kekal bertenaga dan sihat sepanjang kehamilan..Kalau demam atau selsema boleh ambil vita-C..

Berminat?nak tau lebih lanjut boleh whatsapp nombor kat bawah ye...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

1 comment:

  1. Info yang sangat bermanfaat...terima kasih dear....bahaya kalau kita ambik ubat tanpa nasihat doktor semasa mengandung. Ambillah ubat dengan cermat untuk kesihatan ibu dan bayi.

    Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa Bagi Ibu dan Bayi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...