Majlis Perkahwinan Sahabat Baik Merangkap Reunion Kecil Sahabat-Sahabat Lama
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...
Hari ni nak cerita pasal majlis kahwin pulak..hari sabtu lepas 29 november 2014. harapnya cerita ni belum basi lagi la ye..sahabat saya ni pengantin perempuan dan majlisnya diadakan di Felcra Bukit Kepong, Muar. Dah taj jauh daripada kampung en husband kat Segamat.. ingat nak konvoi ramai-ramai dengan sahabat lain pagi sabtu tu..tapi en husband ajak balik kampung Segamat jumaat malam sabtu.. makanya ikut la permintaan suami..
malam tu lepas kemas-kemas dalam pukul 10 malam kitorang pun bertolak dari Dengkil menuju ke Segamat...sesetengah kawasan yang kitorang lalu memang hujan je..kenderaan agak banyak juga. Sampai rumah mak mertua dalam pukul 1 pagi..
Sampai je terus makan nasi...Hahaha...Habis diet haritu..Mak pulak masak lemak pucuk paku memang kegemaran en husband la...
Felcra Bukit Kepong
Pagi tu husband ajak pergi diy dulu..Nak beli visor kereta..Kat situ murah dan kualiti pun ok...Lepas beli kitorang terus ke rumah pengantin di Felcra Bukit Kepong,Muar...Mak mertua dan kakak ipar ikut sekali..
Kitorang gerak dalam pukul 12 tengahari.. Sampai je bukit kepong kitorang sesat tak jumpa rumah pengantin. Papan tanda ke Felcra Bukit Kepong pun tak jumpa..Perut dah lapar ni...Lalu tempat yang sama banyak kali. Kelakat pun ada nak marah pun ada..Dekat 2 jam baru jumpa rumah pengantin tu pun sebab tanye sorang pakcik kat tepi jalan.
Sampai je hujan pulak....Terus pergi carik budak-budak ni...Jumpa la diorang yang lama tak berjumpa.. Ada Miza, Kak zura, Pheww, Man, Abe pie dengan Topik..Tapi sedih sebab tak sempat nak jumpa Kak sue dengan baby pea..Diorang dah balik sebab sanpai pukul 12 tengahari lagi..
Sebab lapar sangat kitorang pun pergi makan dulu..Kesian kat mak mertua sebab lapar..Dia tak boleh lambat makan sebab ada gastrik lagipun dia tak berapa sihat sangat..
Kitorang tak lama pun kat situ. Lepas makan terus pergi jumpa pengantin. Kacau pengantin tengah makan..Sempat lah ambil gambar kenangan dengan pengantin..
Kacau pengantin makan. Adeena nak ambil crown pengantin.
cantik pengantin ni...Sepadan dan seiras...
Lepas je salam dan beramah mesra kejap dengan pengantin terus balik sebab tak sempat zuhor lagi. Singgah masjid untuk solat dan gerak pulang ke segamat.
Sampai rumah semua keletihan..Haha...anak-anak pun tidur awal malam tu sebab keletihan seharian berjalan. Penat tapi lega sebab dapat jumpa sahabat-sahabat lama yang dirindui...Hehe...
Selamat pengantin baru kak Siti Nur Atiqah dan pasangan..Lepas ni turn siapa pulak geng?
** nak order shaklee whatsapp je ok...Promo hebat bulan ni...Jangan ketinggalan..Jom dapatkan sekarang...
*** siapa nak cantik sila pm saya...
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"