Saturday, December 20, 2014

3 Langkah Dapatkan Tidur Berkualiti Anda

3 Langkah Dapatkan Tidur Berkualiti Anda | Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Tidur | Cara Tidur Ikut Sunnah Rasulullah s.a.w


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Korang biasanya sehari tidur berapa jam? Kalau korang tak cukup tidur malam bangun pagi mesti rasa mengantuk, tak bersemangat kan..Kan...Ke korang sentiasa bersemangat?

Biasanya kita tidur sehari dalam 7 jam.. Pada waktu malam tidur selama 6 jam dan 1 jam waktu siang..Seelokknya tidur siang sebelum zuhor...Ini waktu tidur kebanyakan orang la...Tapi ada juga orang yang kerja pada waktu malam kan.. Ada juga yang tidur malam setakat 3 ke 4 jam je sehari kan...

Kat sini saya nak kongsikan dengan korang macam mana nak dapatkan tidur yang berkualiti walaupun korang terpaksa tidur 2 ke 4 jam je sehari..Insha Allah dengan tips ni walaupun tidur tak cukup tapi bangun pagi korang akan tetap rasa bersemangat dan bertenaga...

Jom tengok apa 3 langkah tidur berkualiti...


Bagaimana Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti?


Bagaimana nak dapatkan tidur berkualiti? Nak tau kan...Haa.. Jom amalkan 3 langkah dan cara tidur Rasulullah S.A.W..Insha Allah korang akan dapat tidur korang yang berkualiti walaupun tak cukup masa tidur...

3 langkah tidur berkualiti adalah seperti di bawah :

a. Sebelum tidur

- sentiasa berwudhu sebelum tidur. Mesti ramai yang tanya macam mana nak tidur dalam wudhu sebab tidur dengan isteri, suami...Kan..Kan...kalau dah tidur tu tak kisah la kan yang penting pada permulaan tidur tu mesti wudhu dulu...

- sebelum tidur amalkan tasbih fatimah...Sekejap je nak habiskan tasbih fatimah ni..Tak sampai 5 minit pun...Apa tu tasbih fatimah? Rasanya ramai yang dah tau kan...
i. Subhanallah 33 kali
ii. Alhamdulillah 33 kali
iii. Allahu Akbar 33 kali...
Ni la tasbih fatimah

- amalkan 2 surah ini setiap kali sebelum tidur iaitu surah al-mulk dan surah alif lam mim sajadah

- kibas tempat tidur dengan kain sebelum tidur. Mulakan kibasan dengan bismillah..Dikhuatiri semasa kita tinggalkan tempat tidur ada serangga seperti semut ke kat tempat tidur kita..Kalau terus tidur je nant kena gigit pulak..Lebih-lebih lagi kalau ada baby kan..


b. Semasa tidur

- perlulah baring ke kanan dengan tangan kanan letak di bawah pipi kanan dan wajah di halakan ke arah kiblat..

- ataupun tidur secara terlentang dan kaki di silangkan

- nabi Muhammad melarang kita daripada tidur meniarap kerana tidur meniarap adalah cara syaitan tidur..Baby pun tak elok sebenarnya tidur meniarap..Orang barat selalu meniarapkan baby semasa tidur..Elok tuk baby katanya.. Jadi kita ni nak ikut Nabi Muhammad ke nak ikut orang barat?


c. Selepas tidur / sejurus bangun tidur

semasa kita tidur, syaitan mengikat 3 ikatan pada kita. Ikatan-ikatan itu akan terungkai selepas kita bangun daripada tidur jika kita buat 3 perkara di bawah sejurus selepas kita bangun daripada tidur..

> baca doa bangun tidur
> berwudhu
> solat

Jika korang amalkan semua sunnah Nabi di atas inshaa Allah korang akan bangun dengan bersemangat, ceria, gembira, bertenaga dan segar..Tak kan mengantuk walaupun korang tak cukup tidur...Hari korang akan ceria dan positif...

Amalkan sunnah nabi akan dapat pahala kan...Jadi jom amalkan sunnah nabi..

Perkongsian daripada ustaz toha dalam rancangan Assalamualaikum tv Al-hijrah.. Semoga perkongsian ni bermanfaat tuk korang...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...