Sunday, December 28, 2014

10 Minuman Yang Akan Buat Korang Rasa Segar Jika Minum Ketika Hamil

10 Minuman Yang Akan Buat Korang Rasa Segar Jika Minum Ketika Hamil | Minuman Sihat Dan Menyegarkan Wanita Hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Rasanya macam lama sangat tak update blog ni..Perasan buzy je...Hahha...Korang pun mesti ikut perkembangan banjir kat negara kita sekarang ni kan...Memang teruk...semoga mangsa yang terlibat dalam bencana alam ini bertabah dan bersabar ye...Insha Allah ada hikmah disebalik kejadian ini..Doa kami-kami rakyat malaysia yang lain sentiasa iringi korang mangsa banjir...

Okay..Nanti kita cerita lagi..Semoga banjir cepat surut..Hari ni nak cerita tentang apa yang buat wanita hamil rasa segar...Korang tau apa?sebenarnya banyak benda yang boleh buat wanita hamil segar tapi hari ni nak cerita pasal minuman..

Nak tau apa minuman yang boleh buat wanita hamil rase segar dan pastinya minuman yang menyihatkan?jom teruskan baca kat bawah ye....


10 Minuman Sihat Dan Menyegarkan Wanita Hamil


1. Air kosong

Wanita hamil memerlukan air lebih daripada sebelum hamil. air penting untuk sel darah merah yang sihat dan mengekalkan air dala badan supaya tidak terdehidrasi. Air juga penting dalam penghasilan dan pengeluaran susu ibu.


2. Air kelapa

air kelapa adalah sejenis minuman isotonik semulajadi dan dapat membantu mengelakkan dehidrasi. Air kelapa juga membantu melegakan keletihan dengan cara mengembalikan garam semulajadi dalam badan yang hilang semasa berpeluh.


3. Jus limau

jus limau juga dapat membantu mengekalkan hidrasi badan dan membantu membekalkan vitamin C yang penting dalam penyerapan Zat besi oleh badan dengan lebih berkesan. Jika anda mengalami morning sickness semasa hamil, jus limau, daun pudina dan halia dapat membantu mengurangkan alahan korang.


4. Jus buah segar

Jus buah segar yang baru diperah kaya dengan nutrien sama seperti korang makan buah itu sendiri. Jus yang terdapat dipasaran kebiasaannya mengandungi gula tambahan dan perisa tiruan. Korang boleh minum jus limau manis, oren, tembikai dan epal..


5. Minuman berasaskan susu

minuman berasaskan susu kaya dengan kalsium, protein dan vitamin B-12. korang boleh mencuba susu segar sejuk, lassi dan susu mentega kerana ia dapat membantu menyegarkan dan mengekalkan hidrasi badan semasa cuaca panas. Kalau korang asyik terasa nak makan je masa hamil, korang boleh ambil smoothie susu dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral dan nutrien dam merupakan makanan ringan yang sihat. Tapi kalau korang alah kepada susu kena bincang dengan doktor la ye...


6. Serbat buah

serbat buah bekalkan nutrien dan membantu mendinginkan badan dan dapat membantu wanita hamil atasi mabuk hamil. Serbat tu apa? Saya pun tak pasti..Tapi ada yang kata serbat tu macam jamu tapi pedas..


7. Jus sayur buatan sendiri

kalau korang tak suka makan sayur, korang boleh cuba buat jus.. Sedap tau jus sayur macam lobak susu...Kalau panas-panas ni minum jus lobak susu sejuk memang menyegarkan.


8. Moktel buah-buahan

membantu dapatkan nutrien untuk korang dan bayi korang sebab kadang-kadang kalau makan buah segar badan tak dapat serap sepenuhnya nutrien tu..Boleh guna buah strawberi, laici, limau dan apa-apa buah kesukaan korang yang sesuai...


9. Air dengan buah-buahan beku

selalunya masa cuaca panas ni korang minum air letak ais je kan..Selain letak ais korang boleh tambah buahan beku seperti oren, lemon, kiwi, pic,aprikot dan plum. Jadi air korang nampak lebih berwarna-warni dan bila buah cair akan ada sedikit rasa manis buah itu...


10. Teh ais

ni memang kesukaan saya ni...Kalau minum masa cuaca panas-panas bestnya...Tambah hirisan lemon pun best dan dapat melegakan mabuk hamil korang. Tapi semasa hamil tak digalakkan kerap ambil teh kerana teh ada kafein..Kafein boleh menghalang penyerapan kalsium dan nutrien lain yang penting untuk badan. Kalau sekali sekala tu okay la..


Okay...Itu la 10 minuman yang menyegarkan wanita hamil..Rasanya kalau tak hamil pun minum rasa segarkan..Korang boleh la cuba ye..Semoga bermanfaat ye...

** siapa yang nak order shaklee whatsapp saya ye...Promo vit C, vit E dan kolagen dah nak habis ni...Cepat2 grab...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...