Sunday, December 14, 2014

Mama, Adik Sakit Perut la...

Mama, Adik Sakit Perut la... | Gangguan Pencernaan Yang Mungkin Dihadapi Oleh Anak Korang | Bagaimana Mengatasi Masalah Ini


Assalamualaikum  dan salam sejahtera korang...

' Mama, adik sakit perut ni...Aduh...' Pernah tak anak-anak korang mengadu dengan korang macam ni? Mesti pernahkan...Kadang-kadang kesian tengok diorang menangis-nangis tahan sakit..

Pernah sekali anak saya yang 8 bulan tu sembelit..Najis keras seketul je..Lepas tu ada darah dekat pampers..Apa lagi terus bawak ke klinik la...Risau jugak kot-kot jadi lain pulak kan..Alhamdulillah doktor kata takda apa-apa.. Lepas tu najis dia jadi normal balik macam biasa..

Ada macam-macam jenis masalah pencernaan pada anak-anak ni...Sembelit tu salah satunya.. Hari ni saya nak kongsikan dengan korang tentang masalah pemcernaan anak-anak dan macam mana kita nak bantu selesaikan masalah ni..Kalau biarkan takut melarat dan kesian pada anak-anak kan...

Teruskan pembacaan korang ye...


Gangguan Pencernaan Yang Mungkin Dihadapi Anak Korang


Antara masalah dan gangguan pencernaan yang mungkin dihadapi oleh anak korang adalah :

i. Sembelit
- antara masalah yang kerap dialami oleh kanak-kanak. Sembelit adalah di mana keadaan kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar.
- Sembelit juga disebabkan oleh pengambilan susu yang berlebihan, kurang pengambilan serat dan kurang minum air putih. 
- Sembelit menyebabkan kesakitan ketika mengeluarkan najis. Menyebabkan kadang-kala ada kanak-kanak yang menahan najis kerana tak mahuerasa sakit menyebabkan najis menjadi besar dan keras.

ii. Buang angin berlebihan
- sendawa dengan bunyi yang agak kuat dan membuang gas yang tidak dikawal melalui kentut.
- terjadi bila anak korang ambil makanan yang menyebabkan anak membuang angin berlebihan melalui sendawa ataupun kentut
- seperti jintan, ketumbar, halia dan 

iii. Kurang enzim laktosa
- merangkumi gas berlebihan, cirit-birit, perut buncit atau merasa tidak selesa setiap kali minum susu
- terjadi disebabkan segelintir anak yang dilahirkan dengan tubuh yang tidak dapat memecahkan zat laktosa atau gula yang terdapat pada susu
- boleh menyebabkan sakit perut atau gastroenteritis.


Bagaimana Mengatasi Masalah Pencernaan Anak-Anak


Masalah ini boleh membawa mudarat yang lebih teruk kepada anak-anak jika dibiarkan dan tidak di atasi. Berikut adalah cadangan penyelesaian yang boleh korang cuba jika anak korang hadapi masalah ni..

i. Sembelit
- perhatikan makanan yang diambil anak korang. Pastikan diet seimbang seperti sayur, serat tinggi dan banyakkan minum air putih. Singkirkan makanan tidak sihat untuk mengelak sembelit. Sediakan buah dan jus buah secara rutin.
- ajarkan anak ke tandas secara rutin. Waktu yang terbaik adalah semasa perut penuh.
- jumpa doktor jika sembelit berterusan. Sembelit yang berterusan selama 3 minggu atau lebih boleh menyebabkan buasir. Latih anak duduk di tandas sekurang-kurangnya 15 minit tiap 

ii. Buang angin berlebihan
- Buat catatan makanan anak untuk melihat makanan apa yang membuatkan mereka membuang angin berlebihan. Jika dah kenalpasti makanan tersebut korang boleh kurangkan pemberian makanan tersebut kepada anak korang.
- beri probiotik seperti lactobasillus dan bifidobacterium pada anak. Dapat mengatasi masalah gas dalam usus dan masalah buang angin berlebihan
- banyakkan minum air untuk menggalakkan gerakan yang lebih baik dari usus dan membantu membersihkan usus anak.

iii. Kurang enzim laktosa
- gantikan susu lembu dengan susu soya atau susu bebas laktosa.
- hadkan pengambilan susu jika anak ada gangguan kurang enzim laktosa bukan sejak lahir..
- jika anak korang alami masalah pencernaan laktosa walaupun pengambilan yang sedikit, pastikan anak korang tidak lagi mengambil diet laktosa..


Secara kesimpulannya, pastikan anak korang makan makanan yang kaya serat, minum banyak air putih, kurangkan pengambilan makanan segera, pastikan makanan disediakan dengan bersih dan basuh tangan sebelum makan dan minum..

** korang boleh bagi anak korang mealshakes jika sembelit berterusan..Selain baik untuk pencernaan ia baik juga untuk sistem imun tubuh dan menaikkan selera makan anak...





DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...