Tips Elak Anak-Anak Kerap Bergaduh Kerana Berebut Susu Ibu | Anak Kembar dan Tandem Nursing
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...
Ada tak korang-korang yang baca entry ni ada anak kembar? Takpun saudara kembar? Tak pun ada anak saudara kembar? Haa...Bestkan kalau dapat anak kembar...Saya pun teringin juga nak anak kembar ni..Sekali bersalin terus dapat dua atau tiga orang anak kan.....Tapi cabarannya pun mesti besar juga kan..Terutama dalam bab penyusuan...Saya ni pun anak baru 2 orang pun dah tak menang tangan kalau kembar taktau lah macam mana...Allah tau setakat mana kemampuan kita kan..
Sama juga bagi ibu yang lakukan tandem nursing..Iaitu menyusukan anak sekaligus..Banyak kelebihan tandem nursing ni..Terutama dalam membantu meningkatkan penghasilan susu ibu...Saya pun tandem nursing juga..Kakak umur 2 tahun 8 bulan dan adik pula 8 bulan...Kalau menyusu mesti sekaligus sebabnya kalau kakak tengok adik menyusu mesti dia pun nak...Kekadang tu siap berebut-rebut nak susu..Siap kakak cakap lagi 'yang sebelah ni keysha punya, yang sebelah ni adeena punya'..Anak...Anak...
Kat sini saya nak kongsi sikit tips supaya anak tak gaduh-gaduh atau berebut susu ibu khas untuk ibu yang ada anak kembar dan tandem nursing..
=====================================
Sama juga bagi ibu yang lakukan tandem nursing..Iaitu menyusukan anak sekaligus..Banyak kelebihan tandem nursing ni..Terutama dalam membantu meningkatkan penghasilan susu ibu...Saya pun tandem nursing juga..Kakak umur 2 tahun 8 bulan dan adik pula 8 bulan...Kalau menyusu mesti sekaligus sebabnya kalau kakak tengok adik menyusu mesti dia pun nak...Kekadang tu siap berebut-rebut nak susu..Siap kakak cakap lagi 'yang sebelah ni keysha punya, yang sebelah ni adeena punya'..Anak...Anak...
Kat sini saya nak kongsi sikit tips supaya anak tak gaduh-gaduh atau berebut susu ibu khas untuk ibu yang ada anak kembar dan tandem nursing..
Tips Penyusuan Anak Kembar dan Tandem Nursing
Antara tips yang boleh membantu elak anak berebut susu adalah seperti berikut :
> Buat jadual menyusu
- waktu penyusuan bergantung kepada ibu dan anak itu sendiri. Jika anda selesa menyusukan kedua-dua anak secara serentak mulakan dari awal supaya mereka biasa dengan waktu penyusuan yang sama. Jika mereka dah biasa dengan masa penyusuan yang sama mereka tidak akan berebut untuk menyusu sebaliknya mereka akan belajar untuk berkongsi..Macam anak saya dia selalu kata 'bonda kongsi dengan keysha ye..'lagipun bila menyusu pada masa yang sama akan jimatkan masa ibu sebab tak perlu nak gilirkan penyusuan antara anak pertama dan kedua...
> Pilih posisi yang selesa
Pemilihan posisi menyusu sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Posisi yang selesa membantu ibu menyusukan bayi dengan tenang dan bayi juga akan berasa tenang. Jika anak juga berasa tenang mereka akan menghabiskan penyusuan sehingga mereka kenyang. Tapi kalau sorang anak selesa sorang lagi tak mesti mereka akan berebut nak tempat yang selesa kan...Jadi ibu perlu pastikan posisi penyusuan adalah selesa untuk ibu dan kedua-dua anak..Macam saya selalu menyusu sambil baring..Sebelah nampak tv dan sebelah tak nampak..Jadi kakak selalu bergaduh berebut tempat dengan adik sebab nak nampak tv..Jadi bila saya alih kedudukan supaya dua-dua boleh nampak tv baru senyap dan menyusu sampai kenyang...Boleh juga gunakan bantuan bantal penyusuan jika perlu
> Selang seli posisi
Jangan biarkan anak anda menyusu pada satu payudara yang sama untuk setiap sesi penyusuan. Contohnya kalau mula menyusu kakak menyusu sebelah kanan dan adik sebelah kiri, untuk sesi seterusnya tukar pula kakak sebelah kiri dan adik pula sebelah kanan.biarkan mereka biasa dengan kedua-dua belah payudara anda..
> Berkongsi pengalaman
Cari maklumat, info atau pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah menyusukan kembar dan tandem nursing. Dapatkan ilmu baru dan tanya apa yang anda tidak faham atau masalah berkaitan. Banyak info berkaitan penyusuan ini dalam internet. Anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi dengan pakar laktasi di klinik atau hospital.
Ok lah...Ini sahajalah perkongsian saya untuk hari ni..Harapnya dapatlah membantu korang tak banyak pun sedikt pun ok....Yang paling penting mesti ada ilmu...Tapi ilmu tu perlu dicari dan ditambah setiap hari...Baru lah ada improvement..KaN..Kan...
* kalau nak suplimen bantu tambahkan susu ibu pun ada...Boleh baca kat sini ye....
Semoga bermanfaat ye...
=====================================
** PROMOSI NOVEMBER 2014 **
* BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD *
* BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT *
=========================================================
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"