Saturday, November 29, 2014

Kini Penyusuan Susu Ibu Lebih Mudah Terutama Semasa Percutian

Kini Penyusuan Susu Ibu Lebih Mudah Terutama Semasa Percutian | Tips Persediaan Ibu Menyusu Untuk Bercuti


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang-korang....

Haa...hujung tahun ni mesti ramai yang dah plan untuk pergi bercuti kan...Lebih-lebih lagi cuti sekolah pun dah mula sekarang kan...mesti anak-anak pun dah tanya-tanya bila nak bercuti kan...Anda bercadang nak pergi mana?

Korang ada anak kecil yang masih menyusu badan? Mesti korang rasa macam leceh je nak bercuti ke nak berjalan-jalan ke mana-mana dengan anak kecil yang masih menyusukan...Dulu saya pun macam tu juga...Bila nak ke mana-mana je fikir banyak kali sebab baby kecik lagi..Nak selak-selak baju leceh la..Kan..Kan..Akhirnya duduk kat rumah je la..Sebab terlalu fikirkan susah la leceh la.. Kan rugi tu...

Pernah saya bercuti di legoland tengah tahun ni. Seharian berjalan dan jarang beri susu pada bayi sebab bila berjalan bayi saya asyik tidur je..Masa tu dia baru 2 bulan..saya direct feeding baby dan tak pump..Lepas tu ilmu menyusukan baby semasa bercuti takda..Memang worse la jadinya.. Makan banyak susu pun jadi banyak sangat.. Bila baby jarang menyusu breast jadi sangat bengkak dan sangat sakit..Sampai basah-basah baju dan tudung.. Masa tu pulak memang malu nak menyusukan anak kat tempat awam. Bila sampai kat hotel terpaksa telan panadol sebab terlalu sakit sampai tak boleh tidur.

Tapi kali ni takkan berulang lagi benda yang sama... Sekarang ni banyak dah kemudahan untuk memudahkan ibu menyusu dan memberi keselesaan kepada ibu dan bayi untuk menyusu. Kalau nak bercuti perlu lakukan persediaan lebih awal supaya proses penyusuan bayi semasa bercuti tak terganggu dan terjejas... Jom kita lihat perkongsian di bawah berkaitan persediaan bagi ibu menyusu untuk pergi bercuti.

Tips Persediaan Ibu Menyusu Untuk Pergi Bercuti



Korang hanya perlu sediakan beberapa barangan untuk memudahkan korang menyusukan bayi korang supaya tidak mengganggu keselesaan ibu dan anak sepanjang perjalanan..Antaranya adalah :

i. Baju menyusu
- sekarang ni banyak rekaan pakaian yang mesra ibu menyusu. Mudah untuk ibu menyusukan anak pada bila-bila masa tanpa risau aurat korang terdedah semasa menyusukan anak..Pilih rekaan yang sesuai dengan anda dan perjalanan yang bakal korang lalui..Korang boleh pilih fabrik kain kapas yang lebih selesa dan mudah dipakai.

ii. Bra menyusu
- tak perlu selak habis bra anda untuk menyusukan anak. Ada bra khas untuk ibu menyusu yang memudahkan korang menyusu tanpa ada orang yang perasan anda sedang menyusukan anak. korang hanya perlu bukak butang khas dan sedia untuk menyusukan anak korang.

iii. Pelindung penyusuan
- Pelindung penyusuan ni ada macam-macam bentuk salah satunya seperti apron. Ia membantu melindungi payudara anda sekaligus anak korang daripada terlihat oleh pandangan luar. Pilih pelindung daripada jenis fabrik kapas supaya aliran udara beredar dengan baik dan selesa untuk anak.

iv. Bantal menyusu
- membantu korang berasa selesa untuk menyusukan anak dalam kenderaan sepanjang perjalanan. Dapat mengurangkan rasa lenguh tangan kerana perlu menampung berat kepala bayi.

v. Banyakkan minum air masak
- Ibu disarankan mengambil air masak secukupnya supaya tidak mengalami dehidrasi dan mungkin akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu perlu menjaga kesihatan diri supaya sentiasa bertenaga. Makan banyak makanan berserat supaya tidak sembelit. Makan dan rehat yang cukup membantu korang terus menyusukan anak..

Ni la antara tips yang dapat membantu korang bercuti sambil menyusukan anak..Elakkan stress semasa bercuti sebab stress boleh sebabkan penghasilan susu berkurangan dan mengganggu proses penyusuan..Enjoy percutian korang tanpa perlu risau...

Selamat bercuti...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...