Berbuka Puasa Bersama Sahabat Lama
Assalamualaikum...
Selamat berpuasa korang... semoga bulan ramadhan kali ni memberi banyak erti dalam hidup korang... Hari ni dah 17 Ramadhan kan....Dah tak lama lagi kita nak habiskan ramadhan tahun ni..
Hari khamis lepas dah janji dengan kawan lama nak berbuka sama-sama...kitorang kenal pun masa zaman ukm dulu...Husband (dulu bf) najwa kawan husband (dulu bf) saya, jadi saya pun terkawan la dengan dia. Kitorang pernah sama-sama berniaga burger.. lepas abis blaja saya 1 tempat kerja dengan husband dia dan 1 rumah sewa dengan dia...kira kuat jugak la history persahabatan kitorang ni....
Lepas diorg kawin dia pindah seremban... lama tak jumpa...asal plan je mesti tak jadi...banyak kali juga kitorang plan nak jumpa tapi belum ada rezeki....Alhamdulillah, hari khamis aritu dapat jumpa sebelum diorang pindah ke perak, kg halaman diorang...
Tolong Sama-Sama Doakan Sahabat Saya
Kitorang berbuka puasa di kedai pecel lele hentian kajang...dulu sini la tempat kitorang selalu makan masa kerja kat bangi dulu... lepas makan kitorang solat maghrib dengan isyak dekat masjid india...
masa makan tu banyak la kitorang bersembang...ye la..lama tak jumpa... diorang ni dah kahwin nk masuk 5 tahun tapi masih belum dikurniakan anak... dah banyak kali hamil tapi gugur... mungkin belum rezeki diorang lagi..tapi ada cerita disebalik kisah diorang ni...Allah lebih tau...
Jadi nak mohon pertolongan korang yang baca entry ini supaya doakan sahabat saya ni..supaya diorang kuat dan tabah hadapi segala ujian dan dugaan dan dikurniakan rezeki anak...aamiin.....
Lepas solat kitorang jalan-jalan ke uptown kajang kat jalan reko...ramai orang sini...jumpa kawan husband-husband kitorang ni...sambil tu cuci mata juga tengok baju-baju raya..
Husband sy dan husband najwa
Najwa dan saya dengan anak-anak
Dalam jam 1030 malam kitorang gerak balik...kitorang gerak ke dengkil dan najwa gerak ke seremban... ahad ni diorang dah pindah perak..najwa ni cikgu jadi isnin lapor diri kat sekolah baru la...
Semoga bertambah sihat ye duduk kt kampung...Insha Allah..
Saja je nak cerita kat sinisupaya tak lupa....
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"