Wednesday, November 12, 2014

Permata Hati Kedua | Seri Adeena Binti Harizal

Permata Hati Kedua | Seri Adeena Binti Harizal

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Sekarang sedang bersiaran dari klinik kesihatan Ibu dan Anak Dengkil..Bulan ni Seri Adeena dah 8 bulan..Ni tengah tunggu giliran nak 'check up' bulanan..Ramai betul orang hamil sekarang... Alhamdulillah...

Rasa baru kejap je masuk labour room lahirkan Adeena...Lagi 4 bulan dah masuk setahun...Rasa rindu pulak masa mengandung dan masa bersalin...Eh...Bunyi macam nak baby baru je...Kalau ada rezeki Inshaa Allah..

Lambat sebab menunggu je ni..jumpa dengan nurse tu sekejap je.. tak tanya banyak pun..nurse pun nak balik cepat.. Adeena menunggu sampai tertidur.. keysha ikut ayahnya pergi isi minyak kereta.

Berkenalan Dengan Puteri Hatiku Yang Kedua

Mari kita berkenalan dengan puteri kedua saya..Alhamdulillah dua-dua perempuan.. lepas ni doa nak dapat putera pulak. tapi kalau rezeki puteri lagi pun takpa.. Nabi Muhammad kan pernah bersabda sesiapa yang menjaga 3 anak perempuan dengan baik dan sempurna Allah akan masukkan dia ke dalam syurga (kalau ada salah sila betulkan saya).. Insha Allah... semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak syurga ni..

Ini sedikit perkongsian profile Adeena :

Nama : Seri Adeena Binti Harizal
Tarikh Lahir :  06 mac 2014
Tempat dan Masa lahir : Hospital Jempol, 0447
Berat Lahir : 3.15 kg



Tadi check up untuk 8 bulan. Timbang, ukur panjang, lilit kepala semua tu la..takda cucuk.. berat untuk 8 bulan 7.9 kg. masa umur 6 bulan 7.5 kg...naik sikit la..ok la daripada tak naik.. masa keysha dulu berat dia memang problem..dalam garis kuning je..rasanya 8 bulan tak sampai 7.5 kg lagi..

Adeena ni jenis pemakan.. suap la apa pun dalam mulut dia mesti dia akan telan. sedap ke tak sedap tu lain cerita asalkan dapat masuk mulut. perangai pun agak berbeza dengan kakaknya. Lebih pandai berdikari daripada kakaknya. kerenah pun tak banyak sangat sekarang. dah pandai duduk sendiri. dalam proses nak berdiri tanpa pegang apa-apa bantuan.



Tertidur..Letih menunggu

Pengalaman Bersalin

Paling best bila cerita pengalaman bersalin..Alhamdulillah Allah beri kesenangan dan kemudahan semasa bersalin. Rasanya bersalin dua-dua anak ini memang sangat mudah. sakit kontraksi tak lama terus bersalin. dua ke tiga kali teran je terus baby keluar.

Bersalin dua-dua anak dekat hospital yang sama, labour room yang sama, wad yang sama dan ada nurse yang sama. Nurse yang sambut Keysha dengan Adeena masa bersalin pun adik beradik...masa keysha contraction kuat dalam pukul 2 ke 3 pagi. masuk hospital pukul 3 lebih siap muntah-muntah lagi..masuk labour room pukul 6 pagi, doktor datang pecahkan air ketuban pukul 7 pagi dan akhirnya keysha keluar pukul 8.10 pagi...sebelum tu dengar cerita macam-macam tapi tak sangka bila alami sendiri Allah sangat mudahkan urusan saya..Alhamdulillah...

Bersalin anak kedua agak tenang sebab dah ada pengalaman. Mula sakit pukul 9 malam contraction yang kerap tapi tak kuat. sebab kat kampung suruh husband balik kampung malam tu jugak sebab rasa memang akan bersalin time tu jugak. Husband sampai dalam pukul 11 lebih dan gerak ke hospital yang sama dalam pukul 12 ke 1 pagi. Masuk bilik menunggu, nurse pantau baby.. contraction kerap tapi tak cukup kuat untuk baby keluar. Jadi pindah dulu dalam wad. Dalam pukul 3 sakit makin kuat dan saya minta nurse yang ada untuk cek. Diorang terus tolak ke labour room, tunggu husband datang teran dua tiga kali baby pun keluar dalam pukul 4.47 pagi..

Pengalaman yang best..tapi ada juga rasa takut..Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya...Insha Allah lepas ni pun Allah permudahkan juga seperti sebelum ini. lepas ni nak kongsi cerita tentang Seri Keysha pulak...

Jom kongsi kisah bersalin anda di ruangan komen yang disediakan..

 ==================
** Promosi Nov 2014 **
Buy 6 Free 1 Omega Guard
Buy TwinPack less 5% diskaun
===================


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...