Showing posts with label selsema. Show all posts
Showing posts with label selsema. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Merawat Batuk Kahak dan Selsema Pada Bayi dan Kanak-kanak

Assalamualaikum dear....

Sihat hari ni? Anak anda pernah batuk berkahak dan selsema? Kebiasaannya kalau anak-anak batuk atau selsema mesti ibu bapa akan risau kan..Pasti bermacam-macam jenis ubat akan diberi pada si anak.

bayi bawah umur setahun tidak disarankan untuk diberi ubat batuk yang biasa ada di klinik dan farmasi yang warna hitam tu atau apa-apa jenis ubat pun. Ubat batuk tak berkesan pun untuk bayi bawah setahun.

Kalau bayi demam pun tak perlu bagi ubat jika suhu tidak begitu tinggi. Kita boleh rawat secara semulajadi tanpa gunakan ubat-ubatan hospital. Kalau suhu tinggi terus bawa ke hospital. Mungkin ramai yang tak setuju tapi perlu diingat ubat mengandungi bahan kimia dan bayi kita masih kecil untuk memproses dan adaptasi dengan ubat itu...

Sekarang saya nak kongsi cara semulajadi rawat bayi batuk dan selsema. Untuk kanak-kanak dan dewasa juga boleh guna cara ini. Ini hasil perkongsian daripada seorang jiran yang juga adalah seorang nurse...

Bahan yang diperlukan

1. Bawang putih
2. Minyak masak/zaitun/habbatussauda (apa2 pun bole)
3. air panas
4. Besen/baldi
5. Tuala muka
6. Tuala bayi

cara-cara

1. Mula-mula bakar bawang putih dengan kulit sekali sehingga masak. Jangan sampai hitam (ada juga yang goreng bawang putih dengan minyak)

2. Buang kulit dan campur bawang dengan minyak..Tenyeh2 bawang supaya hancur dan sebati dengan minyak.

3. Buka baju bayi anda dan bungkus dia dengan tuala bayi.

4. Ambil baldi/besen dan isikan dengan air panas. Titiskan minyak bawang putih tadi ke dalam baldi. Tutup baldi dengan kain supaya wap tidak keluar dan hilang dengan cepat.

5. Halakan muka bayi anda ke mulut baldi dan wapkan. Pastikan wap kene pada muka bayi anda.

6. Bayi anda akan menangis. jangan risau, lagi kuat dia menangis lagi banyak kahak dan lendir dari hidung akan keluar. Jika bayi masih terlalu kecil, jarakkan muka bayi dengan mulut baldi dan jangan halakan terlalu lama pada wap.

7. Angkat bayi dan lap peluh dan lendir pada muka bayi. Kahak akan keluar melalui mulut dan hidung. Mungkin juga akan keluar bersama najis.

8. Tenangkan bayi anda. Selepas mandi sapukan minyak tadi di perut, belakang badan, dada, kaki dan tapak kaki bayi. Amalkan tiap kali selepas mandi.

haa...Mudahkan?bahan pun simple, murah dan senang dapat...

Saya pun dah penah cuba..Masa masih dalam pantang lagi tp anak saya ni sikit pun tak nangis bila buat macam tu.. Jadi lendir yang kuar dari mulut dan hidung tu hanya keluar sikit je la...Tapi bila dia poo poo mmg sekali dengan lendir...

Inshaa Allah batuk dan selsema juga kahak akan hilang dan bayi anda akan lebih selesa...Tak perlu makan ubat yang belum tentu berkesan untuk anak anda kn...

Selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...