Friday, November 14, 2014

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea





First time kot nak join segmen-segmen ni..Tadi tengah jalan-jalan blogwalking dekat blog haziq ternampak pulak entry ni..Macam best je...Ni boleh jadi peluang untuk popularkan diri sendiri dan blog...

Segmen ni ada syarat-syarat yang kita perlu penuhi untuk melayakkan kita turut serta..Kalau nak tau apa syaratnya kene la bukak blog owner segmen ni. Salah satunya adalah kena senaraikan 10 fakta mengenai diri sendiri..Nak tau apa? Jom tengok kat bawah ni...


10 Fakta Tentang Diri Saya


  1. Seorang yang agak panas baran
  2. Sangat baik dengan orang lain kalau orang tu baik dengan saya
  3. Pendiam dengan orang yang tak rapat dan sangat kecoh kalau jumpa dengan orang yang rapat
  4. Ada 2 anak perempuan dan rasa tak cukup lagi..Kena tambah lagi
  5. Mudah menitiskan air mata terutama kalau bersangkutan hal anak-anak
  6. Seorang pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja sebagai surirumah dan babysitter. Sedang berjinak-jinak dengan shaklee
  7. Seorang yang kuat berangan dan berkehendak kepada sesuatu. Impian pun banyak. Inshaa Allah akan dipermudahkan tercapainya impian-impian tersebut
  8. Sangat suka makan tapi tak suka masak. Kalau orang lain masak saya makan banyak..Kalau saya masak makan sikit je..
  9. Suka memborong buku tapi nak habiskan 2,3 helai muka surat pun susah..Susun je la..Terutama buku motivasi dan buku yang comel-comel...
  10. Boleh bawa motor tapi tak reti pandu kereta dan takda lesen pun untuk kedua-dua kenderaan ini.
  11. Sangat sayangkan keluarga tapi malu dan tak reti nak tunjukkan atau zahirkan.
eh...Terlebih satu pulak..TakpA la..Tu kira bonus la tu...10 tu pun berpeluh nak pikir...Itu je la untuk kali ini..

Harap-harap ramai la pengunjung datang berkunjung ke rumah saya ni ye...Jemput-jemput...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : 


Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp------------->012-6602016

Email::fariz3003@gmail.com

Pages : www.facebook.com/bondaseri 


Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...