Ini Semalam Punya Cerita | Memancing Di Tesco
Assalamualaikum dear...
Semalam husband saya balik awal dari kerja..Pergi kerja selalu naik motor je..Biasa lah orang takda kenderaan lain..Tapi Alhamdulillah masih ada motor..
Tak dengar pun bunyi motor tiba-tiba ada orang bagi salam. Sebab dah malam tak la saya terus bukak pintu. Intai di tingkap dulu..Tetibe tengok...Eh...Abang...naik kereta?
Husband langkah je kaki masuk bertubi-tubi soalan keluar.. Husband senyum je..Mesti dia da agak kot akan keluar banyak soalan cepumas dari mulut isteri tersayang dia ni...Hihi
Tak sempat-sempat duduk lagi da kene jawab soalan. Kesian. Rupanya kereta ofis mate dia. Blk dari anta pekerja guna kereta ofismate dia terus dia blk rumah.. Malas nak patah blk opis katenye...
Lepas borak-borak, makan, minum settle semua dia pun kate jom pegi beli barang kat tesco...Disebabkan da lame tk kuar ke pasaraya apa lagi memang excited abis la..Tapi jam masa tu dah pukul 9.30 bersiap lagi. Perjalanan dari dengkil ke tesco nilai lagi..Jauh jugak la..
Bermula Perjalanan Ke Tesco Nilai
Tajuk agak melebih-lebih di situ..Lepas mintak izin kawan dia nak guna kereta terus la kitorang gerak. Kat dengkil hujan agak lebat dengan kilat terang benderang sampai kat nilai hujan renyai je..Mungkin baru berhenti. Sesampai je kat tesco jam dah pukul 10.16 malam.
Tesco tutup pukul 11 malam. Maknanya ada lagi ½ jam je tuk shopping barang..Menangis jap.. Manalah nak sempat..Dah macam masuk pertandingan carik barang kat pasaraya dah gamaknya..
Anak-anak pulak turut menambah kekalutan dan kesibukan. Keysha dalam troli pasaraya Adeena husband kendong. Kitorang decide nak beli barang-barang yang besar-besar. Barang yang tak boleh bawak kalau naik motor.. Ni idea husband.
2. Basikal kanak-kanak untuk keysha. Harga RM59.90
Barang-Barang Yang Berjaya Di Pancing
Memang penuh troli semalam..Tak sempat nak berfikir dan pilih pun..Grab je mana-mana yang sempat.
Nak tengok antara barangan yang sempat kitorang grab..Tengok gambar di bawah. Gambar kat pasaraya takda sebab kalut dengan barang kalut dengan anak bagai.
Antara barangan yang dibeli dari tesco nilai adalah :
1. Drawer tingkat untuk isi baju anak-anak. Harga RM 39.90
3. Meja banquet. HarGa RM 59.90
4. Pampers Huggies anak-anak
5. Periuk kecik dan kuali. Harga RM5 dan RM26.90
Sume carik yang murah-murah je...Gambar 2 je sebab line menyiput pulak hujan-hujan ni..Kitorang antara yang paling last keluar daripada tesco...Tak puas sebenarnya...
Balik rumah masih hujan lagi dengkil, singgah minum kat kedai kejap...Pastu terus balik dan tidur...
Terima kasih en husband sebab bawak jalan-jalan walaupun kejap...Hihi
kalau korang ada nak order barang shaklee pm je saya ya...
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"