Tuesday, November 4, 2014

Pintu Rezeki Dan Rahmat Yang Sering Diremehkan | Memuliakan Tetamu

Pintu Rezeki Dan Rahmat Yang Sering Diremehkan | Memuliakan Tetamu


Assalamualaikum dear...

Tadi tengok rancangan kat tv al-hijrah.. Adab memuliakan tetamu. Salah satu pintu rahmat dan pintu rezeki adalah tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Tak kira la datang sekejap atau lama..Dari jauh atau dekat... Diundang atau tidak..Inshaa Allah mereka datang bersama rezeki dan rahmat Allah.

Jadi kita dianjurkan untuk memuliakan tetamu yang datang. Di sini saya kongsikan adab-adab memuliakan tetamu yang saya baca...

Adab - Adab Memuliakan Tetamu


Antara adab-adab memuliakan tetamu adalah:
  • Memberi layanan yang baik
Menyambut tetamu di hadapan pintu, menjawab salam dan berjabat tangan. Mempersilakan tetamu duduk ditempat yang selesa dan bersih
  • Sentiasa bermanis muka
Sentiasa tersenyum dan bermanis muka. Berbual dengan tutur kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati tetamu
  • Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
Menyediakan makanan mengikut kemampuan. Jangan melampaui kemampuan sendiri. Menjemput tetamu makan dan makanlah bersama tetamu. Jangan kemas hidangan sehingga tetamu selesai makan dan beredar
  • Menyediakan kemudahan yang terbaik kepada tetamu
Menyediakan tempat berehat yang selesa, kipas dan tempat tidur yang bersih. Menyediakan bilik air dan tandas yang bersih dan selamat

Kelebihan Melayani Tetamu


Antara kelebihan melayani dan memuliakan tetamu adalah :
  • Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat daripada Allah
  • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah
  • Mengeratkan silaturahim dan perpaduan sesama manusia
  • Mendapat pahala dan keampunan daripada Allah
  • Menarik minat orang bukan islam terhadap keindahan islam

Masa Yang Sesuai Untuk Bertamu


Tetamu juga perlu datang bertandang pada masa dan waktu yang sesuai. Antara masa yang sesuai untuk berkunjung ke rumah orang lain adalah :

  • Tuan rumah dalam keadaan tenang dan lapang untuk menerima tetamu
  • Bukan semasa aurat orang dalam rumah terbuka seperti lewat malam atau awal pagi
  • Sebaiknya minta keizinan atau maklumkan kepada tuan rumah akan kedatangan anda ke rumah mereka.
  • Jika keadaan terdesak atau darurat boleh datang terus seperti anak sakit tengah malam..
Sekian...Semoga bermanfaat


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...