Monday, October 27, 2014

Anak Tidak Mahu Dengar Cakap Ibubapa? | Cara Mengatasinya

Anak Tidak Mahu Dengar Cakap Ibubapa | Cara Mengatasinya


Anak anda sering tidak mahu mendengar cakap anda?tidak mahu buat apa yang disuruh tapi sering buat apa yang anda larang?

Saya pasti ramai ibubapa yang hadapi masalah ini. Saya juga sering alami masalah ni. Saya selalu marah anak saya sebab tidak mahu buat apa yang saya suruh..Memang geramkan..

Tapi bila fikir balik diorangkan kecik lagi..Belum betul-betul faham arahan kita.. Terasa diri ini kejam pulak...Maafkan bonda wahai anakku sayang...

Hari ini saya nak kongsikan tips macam mana nak buat anak dengar bila kita cakap dengan dia...

4 Cara Buat Anak Dengar Cakap Ibubapa


  • Rendahkan badan untuk bercakap pastikan ketinggian sama dengan tinggi anak
Bila anda ingin berbual atau bercakap dengan anak, rendah kan badan anda supaya sama tinggi dengan ketinggian anak. Pandang bola mata anak bila mula bercakap dan cakap dengan tenang, perlahan tetapi jelas.

Tak perlu gunakan bahasa yang tinggi kerana anak anda mungkin akan gagal memahami maksud anda. Cakap dengan terang dan perlahan kerana anak anda akan belajar daripada perkataan yang anda tuturkan
  • Elakkan salah faham
Anak akan keliru jika perkataan yang kita gunakan mempunyai sebutan yang lebih kurang sama. Akan berlaku konflik jika kita cakap lain dan anak faham lain. Ini selalunya menjadi punca kita marah sebab kita cakap lain dan anak buat lain. Sebenarnya anak keliru dengan perkataan kita.

Jika ini berlaku perhatikan muka anak, jika berkerut dan mata dibesarkan bermakna anak sedang keliru. Minta mereka ulang perkataan tadi, jika salah ulang perkataan yang anda ucapkan dengan lebih perlahan. Dan jika boleh berikan contoh.
  • Teruskan kepada mesej yang sebenar
Terus kepada perkara yang ingin kita cakapkan dengan anak. Tak perlu ulas dengan lebih terperinci kerana ia hanya akan mengundang kekeliruan pada anak anda
  • Jangan menjerit kepada mereka
Menjerit adalah cara komunikasi yang paling buruk. Biasanya bila kita rase letih dan anak buat hal atau sepahkan rumah mesti kita akan marah dan kadang kala menjerit pada anak...Saya pun selalu gitu...Hukhukhuk...

Anak tetapakan memandang kita tetapi dia tidak anak mendengar kerana mereka sedih akibat dimarahi..Ini tidak baik untuk hormon anak anda.

Sebaiknya jika anda terasa ingin marah jauhi anak anda, kalau boleh ambil wudhu dan diam seketika. Apabila perasaan marah anda reda kembali bercakap dengan anak anda.

Menjadi ibubapa memang mencabar. Tugas kita bukan hanya menjaga namun mendidik mereka ahli-ahli syurga. Ibubapa juga perlu belajar ilmu keibubapaan dari semasa ke semasa. 

Semoga bermanfaat...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...