Sunday, October 26, 2014

Kesilapan Ibubapa Dalam Proses Tidur Bayi | Cara Mengatasinya

Kesilapan Ibubapa Dalam Proses Tidur Bayi | Cara Mengatasinya

Setiap bayi ada rutin tidur yang tersendiri, berlainan antara satu sama lain. Anak sulung saya sangat susah untuk tidur tak kira la siang atau malam. Sering tidur lewat malam dan bangun lambat. Tak pandai tidur sendiri, mesti kene ada susu...

Anak kedua saya pula sangat senang tidurnya. Kadang-kadang baru je bangun dah mengantuk nak tidur balik..pandai tidur sendiri, takda susu pun takpa...Dodoi-dodoi sikit dah tidur.

Setiap anak itu berbeza perwatakan dan sikap walaupun adik beradik..Kalaupun kembar belun tentu sama perwatakannya kn...

Mari kita lihat apa kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibubapa dalam proses menidurkan anak mereka

5 Kesilapan Ibubapa Semasa Tidurkan Anak


1. Membiarkan anak tidur terlalu lewat

Anak akan lebih susah untuk tidur jika mereka terlalu letih. Mereka akan cenderung untuk bangun terlalu awal jika mereka tidur lambat. Ini membuatkan mereka tidak cukup tidur dan gagal dapatkan tidur yang berkualiti.

Ajar anak anda tidur lebih awal. Jangan tunggu sehingga anak anda menggosok-gosok mata, menangis dan meragam baru anda mahu tidurkan mereka.

2. Bergantung kepada pergerakan

Kebanyakan bayi akan rasa selesa tidur dalam dakapan ibubapa sambil didodoi..Tapi kita tak boleh biasakan mereka tidur begitu kerana mereka tidak merasai kesegaran semasa tidur..

Ajarkan anak anda tidur tanpa perlu anda kendong atau buai...Anak saya pun sangat lena kalau tidur dalam kendongan...Huhu...Memang susah nak buat kerja

3. Terlalu terangsang

Pastikan bilik tidur gelap dan tiada bunyian bising kerana ini boleh mengganggu bayi anda mengenal waktu tidurnya. Boleh letak lampu yang malap jika anda perlu menyusukan bayi anda pada waktu malam.

Jangan biarkan anak anda menonton tv sebelum tidur. Jangan biarkan katil penuh dengan mainan anak anda kerana bayi akan leka bermain dan tidak berkeinginan untuk tidur.

4. Tidak mematuhi rutin waktu tidur

Buat rutin setiap kali masuk tidur seperti membaca buku cerita, main permainan yang ringan atau teka-teki yang ringkas.

Anda boleh lakukan apa saja aktiviti yang menenangkan dan nyaman untuk memudahkan anak anda tidur.

5. Tidak konsisten

Ajar anak anda tidur berasingan..Mungkin boleh mulakan dengan berlainan katil dan kemudian berlainan bilik. Sentiasa konsisten. Lakukan secara rutin dan jangan gagal kerana apabila dilakukan secara konsisten anak anda akan biasa.


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini, kualiti tidur sangat penting untuk anak-anak . Agar mereka sihat dan ceria keesokan harinya.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang hebat, boleh bagi manfaat pada ibu bapa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...