Meredakan Demam Bayi Dan Kanak-Kanak |Petua Tradisional
Anda pernah demam? Bagaimana dengan anak-anak anda? Mesti pernah kan... Biasanya anda buat apa kalau anak anda demam? Hari ni saya kongsikan dengan anda semua petua tradisional untuk meredakan demam.
Demam biasa terjadi kepada orang dewasa, kanak-kanak dan bayi. Kalau orang dewasa tak kisah sangat tapi kalau bayi dan kanak-kanak memang kesian.. Mereka akan merengek sebab tak selesa dengan suhu yang agak tinggi, kurang aktif dan lebih teruk lagi berat badan akan merosot.
Tips Meredakan Demam
1. Ambil daun bunga raya dan ramas dalam air sehingga hancur. Kemudian lumur pada kepala dan ubun-ubun anak. Jerlum kepala anak sehingga panas badannya berkurangan.
2. Beri anak minum air kelapa muda 2 kali sehari. Inshaa Allah panas badan anak akan berkurangan
3. Ambil beberapa biji bawang merah, tumbuk dan perah airnya. Sapukan pada badan anak anda
4. Ambil asam jawa dan bancuhkan dengan air. Lumur air asam tadi di seluruh kepala anak dan biarkan sehimgga kering. Lakukan beberapa kali sehingga panas berkurangan.
5. Ambil beberapa helai daun sireh dan buah pinang. Tumbuk sehingga lumat dan tambah sedikit air. Sapu pada kepala anak. Lakukan 3 kali sehari sehingga panas berkurangan.
6. Ambil sebuku ubi kayu buang kulit dan cuci bersih. Parut ubi kayu dan tepek pada dahi bayi. Biar kering kemudia gantikan dengan yang baru.
Kalau suhu badan anak terlalu tinggi terus bawa ke hospital ye..Bimbang jadi lebih teruk....
Semoga bermanfaat....
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"