Tuesday, October 21, 2014

Petua Hilangkan Cirit-Birit Bayi

Petua Hilangkan Cirit-Birit Bayi | Apa Yang Perlu Kita Tahu

Semalam Seri Adeena cirit-birit...Tak tau la kenapa sbb makan kentang je..Ke sbb kek pisang...Huhu...Adeena minum susu badan je..Saya suspek sbb susu badan sebabnye lepas minum susu je cek pampers mesti poo poo...Tapi saya tkde la makan benda-benda pelik..Saya pun konfius...

Siang je meragam..Alhamdulillah malam dia tido masih lena..Harap-harap hari ni dia da ok...

Mari kita baca sedikit perkongsian yang saya jumpa tentang cirit-birit..

Info Tentang Cirit-Birit


  • Cirit-birit berlaku mungkin kerana sistem pertahanan badan kita sedang di aktifkan kerana terdapat benda asing yang masuk ke dalam sistem penghadaman seperti jangkitan kuman, bakteria, makanan yang tidak bersih dan benda asing yang tidak sesuai dengan tubuh
  • Badan akan terhidrasi apabila cirit-birit kerana cecair badan keluar bersama-sama najis
  • Jika bayi masih boleh mengambil susu badan atau formula maka teruskan, cairkan susu formula daripada biasa
  • Jangan berikan jus, air glukosa dan air berkarbonat kerana gula yang tidak diserap akan menarik air ke usus dan memburukkan lagi keadaan cirit-birit
  • Jangan beri bayi anda ubat anti cirit-birit tanpa nasihat doktor
  • Jika anak masih mahu makan teruskan pemberian makanan namun ubah menu kepada makanan yang lembut. Namun jika bayi tidak mahu makan berikan air secukupnya untuk mengelak dehidrasi.
  • Sentiasa menjaga kebersihan, cuci tangan tiap kali selepas menukar lampin bayi, menyediakan makanan dan lapik tukar lampin bayi
  • Untuk menghilangkan rengsa pada kulit bayi, tekap tuala lembut pada punggung bayi. Boleh juga sapu krim anti melecet.
  • Awasi keadaan anak anda..Jika berlarutan segera bawa ke klinik atau hospital.

Petua Hilangkan Cirit-Birit Bayi

1. Minum air yakult atau susu kultur lain kerana apabila cirit-birit kebanyakan bakteria baik akan hilang.

2. Bancuhkan 1 sudu tepung bersama secawan air suam sehingga larut. Beri bayi anda minum. Sesuai untuk semua peringkat umur.

3. Rebus kentang sehingga lembut tanpa gula, garam atau perisa. Lenyek dan berikan bayi anda makan.

Ini je la info dan petua cirit-birit... Selamat mencuba..Inshaa Allah berkesan..
Doakan Adeena sembuh...

Semoga bermanfaat...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...