Saturday, October 18, 2014

Resepi Ringkas untuk Sarapan dan Minum Petang

Resepi Ringkas Sarapan dan Minum Petang

assalamualaikum dear...

Hari ni nak kongsi pasal resepi pulak.. Kita biasanya sarapan pagi dengan nasi goreng, mee goreng, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi..

Apa kata kita buat kelainan pulak. Asyik menu sama je kadang-kadang bosan juga kan. Bagi yang bekerja dan tak banyak masa nak sediakan sarapan pun sangat sesuai cuba..


Menu Ringkas

> Lempeng pisang kelapa

Nak buat senang, nak makan pun senang...Sedap pun sedap.. bahan yang diperlukan pisang emas, garam, tepung gandum, kelapa parut, dan minyak.

Mula-mula lenyek pisang sampai hancur kemudian campurkan dengan tepung gandum, kelapa dan garam. Lepas tu kacau sebati. Panaskan kuali leper tuang minyak. Kemudian letak satu senduk adunan tadi dan biarkan masak. Kemudian terbalikkn..

> Nuget tauhu telur

Bahannya tauhu putih, tauhu telur, Udang, telur, daun sup, bawang goreng, cili dan lada sulah

Mula-mula kisar tauhu putih dan tauhu telur serta udang bersama telur sampai sebati. Masuk dalam bekas campurkan daun sup, bawang goreng, cili dan lada sulah. Kukus selama 30 minit. Kemudian sejukkan dan potong ikut suke hati. Bila nak makan celup dengan telur dan goreng..

> roti keju goreng

bahannya roti biasa, keju keping, butter, telur

Mula-mula buangkan kulit tepi roti. Kalau tak buang pun takpe...Sapu dengan butter. Letak keju atas roti dan lapiskan dengan roti lain. Celup roti tadi dengan telur. Kemudian goreng dan siap....

> roti sosej gulung

bahannya roti biasa, sosej, telur, serbuk roti

leperkan roti tadi gulung dengan sosej, celup dengan telur yang telah didadar, taburkan dengan serbuk roti dan goreng dengan api yang sederhana.

itu sahaja...Selamat mencuba...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...