Monday, October 13, 2014

Resepi Bubur Nasi Ringkas Untuk Si Manja Anda

Assalamualaikum dear....

Hari ni nak cerita pasal baby-baby pulak....Oleh sebab saya ni seorang bonda yang ade bayi kecil jadi saya nak share la resepi bubur yang ringkas-ringkas je dengan anda semua..

Sbb saya ni tak berapa reti memasak jadi saya terpaksa la gunakan mr google untuk dapatkan resepi untuk bayi saya...Bayi saya sekarang baru je berusia 7 bulan...Dan seorang perempuan...Sorang lagi pun perempuan tp da kategori kanak-kanak berusia 2 tahun 7 bulan..

Jom tengok resepi apa yang kita boleh buat untuk bayi-bayi kita. Antaranya adalah ::

1. Bubur nasi
- gunakan beras putih atau beras merah
- rebus sehingga masak atau kembang
- kemudian kisar sehingga halus
- ni untuk bayi yang baru nak blajar makan pejal

2. Bubur nasi ayam
- gunakan beras putih atau beras merah
- tambah isi ayam
- rebus sehingga beras kembang dan ayam masak
- kisar sehingga halus
- tapis jika perlu

3. Bubur ayam brokoli
- gunakan beras putih atau beras merah
- tambahkan isi ayam dan brokoli
- masak sehingga beras kembang serta ayam dan brokoli masak
- kisar sehingga halus

4. Bubur nasi jagung manis
- gunakan beras putih
- tambahkan dengan isi jagung manis
- rebus sehingga semuanya masak
- kisar sehingga halus
- tapis jika perlu

5. Bubur ikan bilis
- gunakan beras putih atau merah
- goreng ikan bilis
- rebus beras sehingga masak
- kisar bubur dan ikan bilis sehingga halus
- tapis jika perlu

# ayam boleh digantikan dengan ikan dan daging
# brokoli boleh digantikan dengan bayam, sawi, kentang, labu, lobak merah, keledek, buah epal, buah lai, kurma.

kalau anak dah ada gigi, tak perlu kisar lagi bubur tersebut. Anda bolehlah pelbagaikan lagi resepi untuk bayi anda...

Klau boleh mula-mula bagi makan mulakan dengan konsep '4 rule' iaitu bagi makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut lepas tu baru bagi campuran yang lain...

Konsep ni penting untuk kesan anak anda ada alergik kepada makanan tertentu atau tak..Sekiranya tak alergik boleh teruskan bagi makanan tersebut kemudian hari. Kalau ada alergik kene elakkan makanan tersebut. Kesian bayi kita nanti.

ini je resepi saya yang tak pandai masak ni...Kalau anda ada resepi-resepi yang lagi mantap2 untuk bayi2 boleh la share kt sini ye....Boleh la saya cuba pulak..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1 comment:

  1. tgk resepi akak, org dewasa pun terasa nak mkn.. saya ni pencinta bubur.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...