Thursday, November 20, 2014

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Cepat dan Mudah

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Cepat dan Mudah


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Hari ni nak share resepi pulak...Ini semalam punya menu dinner.. First time masak udang masak lemak cili api..Selalu buat guna ayam dengan ikan je.. Resepi ni saya ambil kat blog ni....Akmar Ahmad Tah..Kalau korang nak tengok resepi bole simggah blog beliau..Bukan takat resepi je..Macam-macam ada...

Tapi saya tak ikut 100% resepi tu sebab tak cukup bahan...Hehe..Saya ambil yang paling asas je..Nak tengok resepi  saya? Jom-jom tengok kat bawah ye...

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Ringkas


Ni resepi paling ringkas la sebab tak cukup bahan ye...Tapi rasa sedap juga.... Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya...

Bahan-bahan

> Udang kertas
> Bawang merah
> Bawang putih
> Halia
> Serai
> Cili padi
> Cili merah
> Kunyit hidup
> Timun / tomato
> Asam keping & garam
> Minyak masak


Cara-cara penyediaannya

1. Mula-mula tumbuk bawang merah, putih, halia, cili api, cili merah dan kunyit.

2. Kemudian tumis bahan-bahan tumbuk dan serai sehingga naik bau

3. Masukkan udang dan tumis seketika.

4. Masukkan santan dan air. Kalau suka pekat letak sikit je air.

5. Masukkan asam keping dan timun. Biarkan sehingga mendidih

6. Akhir sekali tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dan serbuk perisa..

** saya guna garam je sebab husband tak suka letak serbuk perisa, sakit kepala katanya..
*** tomato biasa orang letak sikit je kan...Tapi saya letak banyak sebab famili saya memang gila tomato...

Siap dah menu dinner saya semalam...Menu tambahan ada kangkung goreng dan ayam goreng..

kalau nak resepi lengkap singgah la kat blog atas tadi ye..

Selamat mencuba!!

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...