Saturday, July 26, 2014

Tanda-tanda bayi anda lapar

Bayi pada kebiasaannya akan menunjukkan tanda-tanda tertentu jika dia lapar dan menginginkan susu ibu..Ibu juga perlu peka terhadap tanda-tanda berikut.. Menangis bukan hanya satu-satunya tanda bayi anda lapar..mungkin ada sebab2 lain..

Jom kita kenali tanda-tanda yang bayi anda akan tunjukkan untuk memberitahu anda bahawa dia lapar dan mahukan susu...

Antaranya :
  •  Tanda-tanda awal
    • membuka mulut atau mengecap-ngecap bibir
    • jika bayi sedang tidur, mengalihkan kepala ke kiri dan ke kanan seperti mencari-cari
  • Tanda-tanda pertengahan
    • bayi mula menggeliat dan menggerak-gerakkan badan
    • mula menghisap jari atau tangan
  • Tanda-tanda akhir
    • bayi mula menangis..semakin lama makin kuat
    • pergerakan badan semakin agresif
    • muka berubah menjadi merah kerana frustrated
Anda digalakkan terus menyusukan bayi anda apabila bayi anda telah menunjukkan tanda awal kerana ia dapat mengelakkan masalah penyusuan dan masalah emosi serta kesihatan pada bayi anda..

Namun jika anda terlambat dan menghadapi tanda-tanda akhir, anda perlu menenangkan dahulu bayi anda sebelum menyusukan dia kerana bayi pasti akan refuse dan merajuk..

Anda bole cuba cara-cara ini untuk menenangkan bayi anda. Antaranya :
  1. memeluk bayi anda
  2. lakukan sentuhan kulit ke kulit
  3. berbicara dengan bayi
  4. mengusap-usap bayi


berminat tuk dapatkan set penyusuan shaklee??atau vitamin2 tambahan lain??
konsultasi dan info produk percuma hubungi-------->fatiha-0126602016
PM/whatsapp/SMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...