Wednesday, January 14, 2015

Fakta Tentang Ubat Batuk Yang Ramai Tidak Tahu

Fakta Tentang Ubat Batuk Yang Ramai Tidak Tahu | Keburukan Ubat Batuk Kepada Kanak-Kanak



Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Korang pernah tak ambil ubat batuk? Tak kira la yang beli kat kedai ke kat farmasi ke atau ambil dari klinik ke? Mesti pernah kan.. Korang tau tak ubat batuk ni banyak keburukannya.. Mungkin ada antara korang yang tau dan tak kurang juga yang tak tahu kan.. Sebab tak banyak info tentang keburukan ubat batuk ni..Hospital dan klinik mesti tau tapi takda artikel ilmiah tentang ni di keluarkan..Kalau ada pun, ianya tentang ubat batuk je..Bukan keburukan...

Kalau korang perasan, ubat batuk tak disarankan untuk kanak-kanak bawah 1 tahun..Kalau korang bawak anak korang yang bawah 1 tahun ke klinik sebab batuk, doktor akan cadangkan kaedah penyembuhan yang alami je..Secara semulajadi yang macam petua-petua tradisional tu..Tak pun bagi banyak air masak..Diorang tak sarankan ambil ubat batuk. Bukan untuk bayi bawah 1 tahun je, kadang-kadang kanak-kanak 12 tahun ke bawah pun doktor tak cadangkan untuk ambil ubat batuk..

Lagi satu untuk wanita hamil, pada dasarnya semua ubat batuk adalah dilarang untuk semua wanita hamil. Macam yang saya ceritakan dalam entry ubat semasa hamil..Semua jenis ubat batuk berbahaya kepada wanita hamil. Namun, kalau batuk terlampau teruk dan berpanjangan doktor akan sarankan pengambilan ubat batuk dengan dos yang rendah dan sesuai untuk wanita hamil.. Jika pengambilan ubat batuk semasa hamil lebih banyak kebaikan daripada keburukan, maka harus untuk kita ambil ubat batuk..

Saya ada terjumpa satu artikel yang dikongsikan oleh rakan facebook saya tentang bahaya ubat batuk.. Artikel ini dikeluarkan oleh sebuah hospital kerajaan. Tapi saya tak ingat hospital mana...Nak tau apa kandungan artikel ini? Jom lihat di bawah...

Adakah Ubat Batuk Berkesan Merawat Batuk Dan Selsema Kanak-Kanak?


Batuk dan selsema adalah masalah biasa yang seringkali dihidapi kanak-kanak. Kebanyakkan batuk adalah disebabkan jangkitan saluran pernafasan seperti demam selsema. Kebiasaannya kanak-kanak akan demam sekitar 6 hingga 12 kali setahun akibat darioada jangkitan virus.

Demam selsema adalah penyakit yang boleh sembuh sendiri. Ubat tidak dapat mengubati demam selsema tetapi hanya mengubati simptom sakit itu sendiri.
Ramai antara kita klau anak batuk je terus bagi ubat batukkan dengan anggapan batuk akan reda...Yela..Siapa yang sanggup tengok anak batuk tak henti-henti..Saya pun gitu juga. Namun anggapan begitu adalah salah sebabnya masih tiada bukti bahawa ubat batuk mampu membantu melegakan simptom batuk. Jika anak korang batuk tapi masih kelihatan sihat, korang tak perlu risau kerana tiada masalah yang  serius. Kalau korang risau, korang boleh terus bawa anak korang terus jumpa doktor pakar kanak-kanak. Jika batuk disebabkan oleh jangkitan virus, ia mungkin berlanjutan sehingga berminggu-minggu lamanya.

Asap rokok juga boleh akibatkan batuk makin teruk. Jadi elakkan anak korang dengan si perokok tegar ni..Kalau diluar pastikan tempat korang berada tu bebas asap rokok atau asap-asap lain.

Kesimpulannya, ubat batuk sebenarnya tidak berkesan dan tidak selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak bawah 6 tahun. Kajian menunjukkan ubat batuk membawa mudarat kepada kanak-kanak dan masih tiada bukti yang menunjukkan ubat batuk berkesan mengubati simptom itu. Saranan daripada KKM sekarang, ubat batuk tidak diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun. Kanak-kanak 2 tahun ke atas juga tidak digalakkan melainkan atas nasihat daripada doktor.

Ha..Sekarang korang dah tau kan..Jadi apa tindakan korang sekarang? Mesti korang nak yang terbaik untuk anak korang kan...Bertindak segera demi anak korang..Cewah..Tetibe semangat lebih..

** kalau korang nak order shaklee whatsapp je saya..
*** shaklee ade set yang sesuai untuk kanak-kanak
**** bukan ubat hanya suppliment..Bukan merawat hanya membantu..

#sumber artikel : Jabatan Farmasi Hospital Port Dickson,2014


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...