Wednesday, December 17, 2014

12 Langkah Keselamatan Mengelak Anak-Anak Daripada Gangguan Si Penderita Paedophillia

12 Langkah Keselamatan Mengelak Anak-Anak Daripada Gangguan Si Penderita Paedophillia | Apa Itu Paedophillia?


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Hari ni nak cerita tentang anak-anak...Tentang keselamatan kanak-kanak..Tak kira lah anak kita ke adik kita ke sepupu kita ke anak jiran kita ke yang penting ia berkaitan dengan kanak-kanak dan keselamatan mereka..

Korang pernah dengar perkataan paedophillia? Kalau pernah korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan paedophillia?kalau tak pernah dengar dan tak tau apa itu paedophillia, mari ikut saya dan teruskan pembacaan korang..Saya akan terangkan maksudnya kat bawah ni...

Apa Itu Paedophillia?


Korang tau paedophillia ni apa? Untuk pengetahuan korang semua paedophillia ni satu  jenis manusia yang bila dia tengok kanak-kanak je dia rasa ghairah...mereka ni akan merasa terangsang secara seksual bila tengok baby ke, kanak-kanak ke..


12 Langkah Keselamatan Mengelak Anak-Anak Daripada Gangguan Paedophillia


1. Jangan post gambar anak-anak korang yang tak sesuai..Seperti gambar tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur, macam-macam lagi..Tak kira la anak korang lelaki ke perempuan..

2. Jangan dedahkan lokasi spesifik tempat-tempat yang anak korang selalu pergi..Seperti sekolah, rumah pengasuh, tempat bermain, taska..

3. Jangan post status yang mengatakan lokasi sebenar anak korang dan dengan siapa dia tinggal dalam media sosial

4. Teman anak walau ke mana sahaja mereka pergi. Sekolah, rumah kawan, taman permainan, kedai dan di mana-mana sahaja. Jangan biar anak anda pergi bersendirian.

5. Latih anak untuk elak duduk dipangkuan sesiapa sahaja terutama lelaki. Tak kira la dalam apa keadaan pun..

6. Jangan paksa anak jika dia merasa tak selesa dengan orang tertentu. Perhatikan dan awasi kelakuan anak korang

7. Sentiasa awasi dan perhatikan perangan anak korang. Kalau tiba-tiba jadi pasif dan pendiam mungkin ada sesuatu yang tak kena..

8. Ajar anak supaya tak bagi sesiapa pun pegang, sentuh atau tengok anggota badan kita yang sulit..

9. Beri perhatian bila anak korang bercakap tentang seseorang atau sedang marahkan seseorang

10. Sentiasa pakaikan anak korang pakaian yang bersesuai dan tidak terlalu terdedah

11. Hormati privacy anak korang. Kalau dia tak nak bergambar ke taknak buat apa yang korang suruh jangan terlalu memaksa..

12. Report atau buat aduan kepada pihak berwajib jika korang rasa anak korang diganggu oleh orang-orang seperti ini..


paedophilla ni boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Jadi korang kena pantau lebih tak kira la saudara ke kawan baik ke..Biar la orang kata kita overprotective ke apa ke asalkan anak kita selamat daripada perkara yang tak diingini..

Macam-macam jadi sekarang ni..Sebagai ibu bapa kita patut lebih beringat..Kes budak hilang pun makin banyak sekarang..Risau bila fikir bab-bab keselamatan anak ni kan..

oklah...Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang ye..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...