Friday, July 31, 2015

Tingkatkan Tahap Kesuburan Dengan Tauge

Tingkatkan Tahap Kesuburan Dengan Taugeh | Kebaikan Taugeh Yang Tak Ramai Orang Tahu | Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum..

korang suka makan taugeh tak? Sedap sebenarnya taugeh ni..lebih-lebih lagi yang kita cambahkan sendiri... sebenarnya banyak manfaat taugeh ni yang ramai orang tak tau...saya pun baru tau..hehehe

taugeh ni kita boleh buat masak macam-macam. Namun sebaiknya diambil dalam keadaan mentah kerana zat yang ada dalamnya masih kuat.

Tapi kalau tak boleh makan mentah korang boleh je campur dalam sup atau sayur lain tapi masak sekejap je supaya tak lembik. Jika masak sekejap je, kandungan vitamin c dan enzim dalam taugeh hanya rosak 20 peratus je berbanding kalau rebus lama dan dianggarkan kandungan nutrisi yang rosak 60 peratus.

Mari baca lagi kebaikan dan manfaat taugeh ni..

Kebaikan Taugeh Yang Ramai Orang Tak Tahu

1. Mencegah kanser
- terdiri daripada kumpulan kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
- banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Antaranya adalah kanavanin
- sejenis asid amino berupaya mencegah leukemia, kanser di usus dan pankreas

2. Hadiah untuk wanita
- kandungan estrogen semulajadi dan fungsinya mirip estrogen sintesis
- mampu tingkatkan kekuatan dan susunan tulang dan mencegah masalah tulang rapuh
- dengan pengambilan kerap dapat elak kanser payudara, PMS dan masalah menopaus

3. Menambah kesuburan
- mampu tingkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita
- mampu hasilkan sperma yang kuat dan berkualiti
- fungsinya juga hampir sama bagi wanita

4. Mengurangkan lemak
- pesakit angin ahmar dan serangab jantung disarankan supaya ambil banyak taugeh dalam hidangab seharian kerana saponi dalam taugeh bertindak menghalau lemak jahat tanpa menjejaskan kandungan lemak baik..
- penyakit ini selalunya disebabkan oleh kadar lemak dalam darah terlalu tinggi


Set Kesuburan Shaklee


Wanita

1. Gla Complex - membantu stabilkan hormon, menggalakkan kesuburan dengan membantu banyakkan lendir supaya sperma dapat hidup lebih lama dan berenang lebih jauh dalam tiup fallopio

2. Zink Complex - Melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

Lelaki

1. Vita E Complex - bantu tingkatkan hormon seks. Bantu meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi

2. Zink Complex - bantu menambah kuantiti sperma dan menguatkan bahagian kepala dan ekor sperma supaya sperma dapat berenang lebih laju dan jauh dan bersenyawa dengan ovum


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Berhari Raya Di Rumah Sahabat

Berhari Raya Di Rumah Sahabat

Assalamualaikum...

Hari rabu hari tu baru berkesempatan berkunjung ke rumah sahabat..tu pun dah malam baru dapat keluar sebab en. Husband keje balik petang...

Pergi rumah sorang je pun sebab dah malam dah..sampai rumah dia pun dah pukul 10 lebih..siap sesat-sesat lagi...tak jumpa rumah...pernah datang sekali je tu pun dah lama...

Sampai je keysha dengan adeena dh tidur... keysha bangun dah bila kereta berhenti tp adeena tidur sampai ke sudah...

Jom tengok gambar sikit...


Lontong tu...sedap...memang teringin nak makan lontong ni..hari tu kat kampung tak sempat nak buat..


Gamba anak-anak je ade...amna dan keysha...nampak tak baju hijau kat belakang keysha tu? Ade en. Hsbnd...


Again...amna n keysha...n mummy amna...sahabat baik saya...


Adeena datang pun tidur balik pun tidur...


Kitorang gerak balik dalam pukul 11..anak-anak pun dah mengantuk dah...sampai rumah dekat pukul 12 juga kot...

Siap-siap sume terus masing-masing tidur kepenatan...

Terima kasih Hana n Shawal sebab jemput kitorang datang rumah dan jamu kitorang dengan makanan yajg sedap-sedap....

Terima kasih juga kepada en husband, Harizal kerana sudi bawa saya berkunjung ke rumah sahabat saya..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Thursday, July 30, 2015

Kenali Perkembangan Bayi Melalui Senyuman

Kenali Perkembangan Bayi Melalui Senyuman


Assalamualaikum...

Kita biasa fokus pada perkembangan fizikal bayi seperti merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi hari ni nak cerita pasal senyum...senyuman bayi juga berkembang seiring bertambah usia bayi. daripada senyuman refleks sehingga ke senyuman yang sebenar.




Perkembangan Senyuman Bayi Seiring Pertambahan Usia


0 hingga 1 bulan
- senyuman bayi baru lahir masih belum ada kaitan dengan emosi yang dia rasakan.
- senyuman itu adalah secara spontan
- anak tiba-tiba tersenyum semasa mengantuk atau ketika dia sedang melewati waktu tidur

6 hingga 12 minggu
- bayi mula sering tersenyum ketika bangun dan tidur
- secara berperingkat bayi mula beri tindak balas terhadap rangsangan disekitarnya
- mula2 bayi lebih cepat beri respon pada suara kemudian pada rangsangan audio dan visual
- tak perlu risau jika jika bayi korang hanya senyum pada usia 12 minggu kerana ianya normal

3 hingga 4 bulan
- bayi dah mampu senyum.
- bayi akan tersenyum jika mereka mahu tersenyum..tak perlu di paksa
- bayi dah mampu bagi respon terhadap interaksi di hadapannya
- korang boleh beri reaksi,wajah yang terbaik bila berhadapan dengan bayi

6 bulan
- pada usia 4 hingga 6 bulan bayi tersenyum kemudian berpaling
- mereka sedang belajarmelatih kemampuan mengatur emosi daripada kegembiraan
- bila dia kembali melihat korang dia akan senyum semula

12 bulan
- mula usia 8 hingga 1 tahun, bayi mula pamerkan pelbagai ekspresi ketika tersenyum
- mungkin akan buka mulut untuk ketawa dan keluarkan suara
- senyuman merupakan respon daripada interaksi sosial dan satu cara bayi berkomunikasi
- jika bayi tak senyum, mungkin dia berasa tidak selesa atau sakit
- jika selepas usia 3 bulan bayi korang masih tidak boleh senyum, segera berjumpa pakar kerana bimbang ada kelainan pada saraf di otak.

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Tua Sebelum Usia Apabila Uban Singgah Di Kepala

Tua Sebelum Usia Apabila Uban Singgah Di Kepala | Punca Rambut Beruban | Tip Mencegah Uban | Shaklee Bantu Cegah Rambut Beruban


Assalamualaikum...

Uban kadang kala menjadi igauan ngeri tak kira bagi lelaki atau wanita lebih-lebih lagi usia baru menginjak ke awal 20-an.

Faktor keturunan menjadi sebab utama berlakunya masalah uban pada usia muda. Merokok juga boleh menyebabkan rambut menjadi beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin dalam darah akan menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.



Punca Rambut Beruban

1. Tidak menjaga kebersihan rambut seperti tidak mencucinya dengan betul
2. Menggunakan syampu yang tidak sesuai atau menggunakan sabun mandi untuk mencuci rambut
3. Stress berlebihan turut menjadikan pigmen rambut berkurangan dan menjadi putih
4. Penggunaan pewarna rambut yang kerap kerana bahan kimia dalam pewarna rambut akan menyebabkan pigmen rambut rosak


Tips Mencegah Rambut Daripada Beruban


1. Jaga kebersihan kulit kepala

Gunakan syampu yang sesuai supaya kulit kepala dan rambut sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban

2. Ambil zat besi

Makanan yang ada zat besi boleh bantu berikan zat warna pada rambut dan buatkan rambut tumbuh dengab subur dan hitam. Makanan seperti lemon dan bayam bantu berikan zat besi yang tinggi dalam badan

3. Cegah stress

Tekanan yang dihadapi seharian boleh jadi punca terjadinya penuaan pada rambut. Atasi stress dan lakukan sesuatu perkara dengan tenang. Dapat cegah keluar uban sebelum waktunya

4. Pemakanan sihat

Malnutrisi juga penyebab timbul uban pada rambut. Diet berlebihan akibatkan kurang kandungan gizi yang diperlukan tubuh dan punca uban tumbuh. Makan secara seimbang

5. Rawatan teratur

Lakukan dirumah. Campur labu dengan minyak kelapa dan usap pada rambut selama 1 jam dan bilas. Lakukan sekerap yang mungkin

6. Daun kari

Membantu menghitamkan rambut. Gosok beberapa helai daun kari dan campur dengan air suam. Sapukan pada rambut


Produk Shaklee Bantu Cegah Rambut Beruban


# Vivix
- mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

# Esp
- Rambut dibina dari protein

# Collagen powder
- menggalakkan rambut sihat

# B Complex
- mengurangkan stress

# Vita lea
- mengimbangi nutrien

# Zink Complex
- menggalakkan rambut sihat

# Carotomax
- antioksidan


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Wednesday, July 29, 2015

Daging Hitam Manis Berkentang

Daging Hitam Manis Berkentang


Assalamualaikum...

Jom cuba resepi ini...

Bahan :


500g daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 batang kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
2 sudu besar rempah kurma
1 inci halia- dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
½ cawan cili kisar
2 sudu besar kicap pekat
1 cawan kicap lemak manis
2 biji kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang cili hijau
Garam dan serbuk perasa ayam




Cara membuat


1. Panaskan minyak, tumis bawang, cili kisar, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga garing dan naik bau
2. Daging yang telah dipotong kiub diperap bersama rempah kurma, jintan manis dan biji ketumbar yang telah dikisar serta kicap pekat
3. Masukkan daging dan tumis sehingga daging empuk. Tambah kicap lemak manis, cili hijau, garam dan serbuk ayam. Kacau sehingga agak kering.
4. Akhir sekali masukkan kentang
5. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba....

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...