Perjalanan Jauh Pulang Ke Kampung Buat Korang Mabuk? | Durian Bantu Legakan Mabuk Perjalanan | Sumber Terbaik B kompleks
Assalamualaikum...
Ramadan dah makin sampai ke penghujung...pasti ramai yang dah plan hari nak balik kampung kan... bagi korang yang pulang jauh dan selalu mabuk perjalanan ada tips yang nak saya kongsikan dengan korang... dulu saya pun mabuk perjalanan juga..asal jalan jauh je muntah...siap spare plastik kosong lagi untuk muntah..last-last makan ubat tahan muntah..tapi tu dulu la...sekarang dah ok...
Tahu tak korang durian boleh melegakan mabuk perjalanan? Rupanya durian yang kita makan tu bukan hanya buah semata-mata tapi boleh juga dijadikan ubat dan baik untuk kesihatan. Mari kita baca sikit info tentang durian ni..
Emmm...sedapnye durian...siapa yang tak suka durian? Saya memang hantu durian... durian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan tumbuhan bermusim. durian dapat nama daripada durinya. Bentuknya berbeza - beza ada yang bulat dan bujur. Warna kulit hijau hingga perang dan isinya berwarna kuning pucat hingga merah.
Durian dianggap sebagai makanan panas. Selalunya kita tak digalakkan makan dalam kuantiti yang banyak sebab nanti panas dalam...ikut petua lama kalau nak hilangkan panas badan minum air guna kulit durian
Orang yang ada tekanan darah tinggi tak digalakkan makan durian kerana dipercayai ada kandungan dalam durian yang boleh tambah tekanan dalam badan.
Durian Bantu Legakan Mabuk Perjalanan
Durian boleh digunakan sebagai penawar mabuk perjalanan. Korang yang kerap mabuk apabila melakukan perjalanan jauh boleh ikut cara ini sebagai penawar mabuk perjalanan dan tak perlu lagi korang telan pil tahan muntah.
Caranya adalah dengan membuat susu kocak durian yang dicampurkan dengan madu. Durian dapat menenangkan perut, madu akan menaikkan kadar gula darah dan susu akan merehidrasi sistem tubuh.
Kulit durian juga boleh dibuat ubat. Kulit durian yang ditumbuk sehingga lumat boleh diletakkan atas perut yang sakit dan boleh juga merawat sembelit. Tapi apa-apa pun perlu rujuk kepada yang pakar dalam bidang perubatan..
Sumber Terbaik B Kompleks
Durian kaya dengan tenaga, mineral dan vitamin. 100g isi buah durian segar mengandungi lebih kurang 147 kalori. Durian mudah dimakan dan mengandungi gula seperti fruktosa dan sukrosa. Dapat menambah tenaga dan mencergaskan tubuh dengan serta-merta. Durian mengandungi lemak yang tinggi tapi benas lemak tepu dan kolestrolDurian mengandungi antioksidan vitamin c
. Pengambilan buah-buahan kaya dengan vitamin c dapat membantu pertahanan badan daripada serangan agen berjangkit dan radikal bebas.
Buah durian merupakan sumber terbaik vitamin B kompleks. Vitamin B kompleks termasuklah niasin, riboflavin, asid pantothenic (B5), pyridoxide (B6) dan thiamin (B1)
Vitamin ini sangat diperlukan oleh tubuh. B6 yang terdapat dalam durian mampu mengatur kadar gula darah yang akan meningkatkan mood korang. Ia mengandungi mineral mangan, tembaga, besi dan magnesium. Isinya turut mengandungi kalium, asid amino perlu dan tryptophan yang juga dikenali sebagai pil tidur. Asid amino yang diubah menjadi serotonin dalam badan mampu membuat badan lebih tenang, meningkatkan mood dan membuatkan perasaan lebih gembira.
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
No comments:
Post a Comment