Kerap Kencing Petanda Hamil| Kenapa Wanita Hamil Kerap Kencing?
Assalamualaikum..
Korang masa mula-mula tau korang hamil, kerap tak ke toilet? Saya masa hamil memang toilet tu kira destinasi wajib la...walaupun tak minum air banyak tapi tetap rasa nak buang air kecil..
Kerap buang air kecil ialah ciri utama kehamilan. Biasanya berlaku semasa trimester pertama dan ketiga..
Kenapa Wanita Hamil Kerap Kencing?
Tanda awal kehamilan disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan wanita. Apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, badan wanita akan mengeluarkan lebih banyak air kencing. Ini kerana pundi kencing menjadi semakin mengecut.
Walaupun pundi kencing kosong tapi tekanan yang diterima membuat wanita berasa seolah-olah pundi tersebut penuh. Wanita akan alami masalah ini lebih-lebih lagi pada hujung kehamilan apabila kepala bayi dah turun dan sedia untuk dilahirkan.
Perlukah Kurangkan Jumlah Pengambilan Air Seharian?
Asyik kerap ke toilet pun letih jugakkan...boleh ke kalau kurangkan minun air?
Jangan sesekali kurangkan pengambilan air seharian semata-mata letih nak ke bilik air...wanita sepatutnya minum 6 hingga 8 gelas air kosong tanpa gula..jika kurangkan pengambilan gula akan menyebabkan dehidrasi dan wanita perlu minum lebih banyak air untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi.
Minum sedikit-sedikit dalam satu jam ke dua jam sebelum tidur bagi mengurangkan wanita buang air kecil pada waktu malam.
Masalah Jangkitan Salur Kencing
Jika berasa sakit ketika buang air kecil dan hanya sedikit sahaja air yang keluar ia mungkin sedang hadapi masalah. masalah ini dikenali sebagai jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI).
wanita perlu minum lebih banyak air dan segera berjumpa doktor. Jika tidak diubati boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang dan meningkatkan risiko wanita bersalin awal...masalah ini akan berkurang beberapa ketika selepas melahirkan..
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
No comments:
Post a Comment