Pages

Wednesday, July 22, 2015

6 Tanda Bahaya Semasa Bersenam Dan Wajib Berhenti Jika Hamil

6 Tanda Bahaya Semasa Bersenam Dan Wajib Berhenti Jika Hamil | Kelebihan Senaman Kepada Wanita Hamil


Assalamualaikum....

korang masa mengandung ada bersenam tak? Kalau ada bagus la..yang tak ada tu elok la lakukan senaman sikit..tak perlu korang lari satu pusingan padang atau lompat tali...berjalan pun dah kira senaman..naik tangga pun boleh..

Senaman ni penting bagi wanita hamil...nak tau apa kepentingannya? Baca bawah ni....


Kelebihan Senaman Kepada Wanita Hamil


a. Kekalkan kekuatan dan fleksibeliti otot
b. Menenangkan dan melegakan ketidakselesaan
c. Memudahkan badan kembali ke bentuk asal selepas bersalin


Senaman ni bagus untuk wanita hamil tapi senaman yang ringan je la..semasa hamil badan kita lalui banyak perubahan seperti pertambahan berat badan dan badan mudah dan cepat letih


Jika korang terlebih bersenam badan akan bagi isyarat..antaranya tercungap-cungap dan sukar berbual ketika bersenam..korang patut berhenti bersenam dan rehatkan badan.. di bawah ni saya share dengan korang apa lagi isyarat amaran yang badan bagi kalau korang terlebih bersenam..


Berhenti Bersenam Apabila Tanda Bahaya Muncul


1. Pening
- pening berlarutan dalam masa yang lama
- jika pening bersama sakit kepala atau berdebar-debar korang tak cukup zat besi dalam darah (anemia)

2. Jantung berdebar
- jika rasa bergetar-getar dalam dada, korang bersenam kuat sangat.
- perlahankan aktiviti korang berperingkat kemudian berhenti

3. Keluar cecair daripada faraj
- kemungkinan membran korang pecah. mungkin berlaku kebocoran air ketuban
- dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan cecair itu air ketuban atau bukan
- lakukan senaman lantai pelvis bagi mengelak kebocoran air kencing

4. Loya dan muntah
- korang bersenam terlalu kuat
- paras kandungan gula dalam darah menjadi rendah atau tekanan darah korang rendah

5. Perubahan suhu badan
- jika tangan melekit, badan rasa panas atau sejuk bermakna badan alami kesukaran mengawal suhu dalaman badan
- bahayakan bayi korang kerana jika terlampau panas, bayi juga begitu..
- badan korang akan cuba turunkan suhu dengan alih peredaran darah yang sepatutnya ke permukaan kulit sebaliknya dialirkan ke uterus

6. Bengkak
- kaki dan tangan akan bengkak sikit lepas bersenam tapi kalau bengkak sangat korang perlu jumpa doktor.
- mungkin tanda praeklampsia. Berlaku bila tekanan darah meningkat dan badan banyak simpan cecair
- halang bekalan darah ke plasenta dan boleh bahayakan kandungan korang.


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

No comments:

Post a Comment