Pages

Friday, April 17, 2015

Mudahnya Memulakan Bisness Dengan Shaklee

Mudahnya Memulakan Bisness Dengan Shaklee | Kenapa Saya Pilih Mulakan Bisness Dengan Shaklee | Bisness Pertama Saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ni dah cerita dengan korang apa kelebihan daftar sebagai ahli shaklee kan.. Seronok kan? Banyak manfaat yang ada.. Sekarang nak cerita pulak sebab apa saya mulakan bisness ni dan kenapa saya pilih nak mulakan dengan shaklee tapi tak dengan bisness-bisness lain..

Saya jadi surirumah lepas anak saya yang pertama lahir.. Time tu memang tekad nak jaga anak sendiri sebab bayar pengasuh pun mahal, lepas tu banyak kes pulak..Lagipun kalau kira kos yang keluar kalau saya kerja lagi banyak daripada kalau saya jadi surirumah..Gaji abis untuk pengasuh, makan minum, transport, lain-lain hutang je...

Jadinya sebulan sebelum saya bersalin, saya dah berhenti kerja... Mulalah rutin sebagai surirumah sepenuh masa.. Dengan anak sorang gaji suami masih lagi cukup.. Saya masih dalam comfort zone yang tak berapa nak comfort sangat la... Kewangan sume bergantung pada suami sepenuhnya.. Hutang PTPTN masih belum dapat saya bayar kerana saya tiada pendapatan...

setahun lebih selepas tu saya pregnant anak kedua.. Masa ni kewangan dah mula semput..Saya mula ajar anak tinggalkan pampers sebab nanti adik lahir bole la jimat pampers.. Dengan ekonomi yang tak stabil sekarang..Terpaksa ikat keinginan sikit.. Kadang-kadang sampai keperluan pun terikat sama..

Masa tu mula la nak kerja semula..Tapi bila fikir suami kerja pagi balik tak tentu masa dan selalunya lewat malam. Kadang tak jumpa anak.. Bayangkan kalau saya pun kerja juga?? Kesian anak-anak bila ibu bapa takda masa untuk mereka.. Dari situ mula la saya tinjau-tinjau kerja dari rumah.. Banyak juga yang saya list kan antaranya shaklee, tupperware, pengurusan email, dropship produk kecantikan..

Saya pun carik info tentang kerjaya di atas...Masa ni la saya jumpa mummy fuzza, upline saya sekarang...entah apa la yang dia tiup pada saya sehingga saya tertarik nak masuk ahli shaklee...Hehehe...Skrg baru tau apa yang mummy tiup kt saya dulu...Ya Wahhab mungkin... Sebelum tu saya istikharah untuk tengok hati saya lebih cenderung kepada yang mana..Dan tiap hari sentiasa shaklee dalam fikiran saya...Mungkin ini jalan yang Allah nak tunjuk. DIA lorongkan hati saya untuk daftar ahli dan mulakan bisnes ni..

Sehingga hari ini saya masih lagi belajar untuk bisness kesayangan saya ni..Dan harapan saya untuk terus maju demi suami, anak-anak, keluarga dan orang ramai... Shaklee ni bukan bisness semata-mata..Bukan jual dan untung sahaja..Tapi niat untuk bantu mereka yang hadapi masalah untuk hidup dengan lebih sihat..Insha Allah....




Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Bisness Pilihan Saya?


Shaklee ni bisness legasi yang boleh diwariskan kepada anak-anak bila kita dah takda nanti.. Dalam bisness ni kita adalah CEO bagi diri kita sendiri..Bukan orang lain.. Jika kita nak berjaya, maka kita perlu berusaha..

Kenapa saya pilih shaklee? Jom tengok sebabnya...

1. Bayaran pendaftaran ahli yang rendah dan tak perlukan modal untuk mulakan bisness anda..

- macam yang korang baca kat atas tadi, saya ni seorang surirumah. Jadi saya takda gaji. Saya perlu carik satu bisness yang perlukan modal yang kecil.. kebanyakan bisness lain perlukan modal yang besar. Yuran pendaftaran shaklee pada masa tu hanya RM 65 + RM 10 ( postage tuk membership kit) untuk seumur hidup..

- shaklee juga tak perlukan modal untuk anda mulakan bisness..Customer beli dan bank in duit kepada kita baru kita order barang...Tak perlu simpan stok beribu-ribu yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri...

2. Pembelian produk dan pembayaran semuanya di atas talian (online)

- tak perlu untuk pergi ke HQ atau branch shaklee untuk order produk..Boleh shopping online dan pembayaran boleh melalui kad debit dan kad kredit.. Mudah sangat.. Sesuai untuk saya yang takda transport dan tak pandai drive ni..

3. Penghantaran terus oleh pihak shaklee

- ni pun bagi benefit pada saya yang tak pandai drive...Once customer dah bayar kita, kita order produk dan shaklee yang akan uruskan penghantaran barang tersebut ke alamat customer..

- kalau kita nak pos sendiri pun bole..Ikut mana yang kita selesa la..Dengan keadaan saya ni lagi selesa shaklee yang uruskan..Tak perlu nak bersesak-sesak dekat pos office, nk bungkus barang dengan anak-anak lagi..Bagi yang ada masa bole la pos sendiri.. Bole selitkan bisness card atau gift pada customer..

4. Dapat cash bonus

- haa...Ni yang best..Ada cash bonus...Kalau makan sendiri je, supplimen dapat duit pun dapat..siapa nak bagi kan? Kalau buat bisness kita dapat untung runcit dan akan dapat cash bonus juga tiap-tiap bulan..Orang lain tengah bulan je sesak sementara nk tunggu gaji hujung bulan..Tapi warga shaklee tak perlu risau..


Itulah antara sebab-sebab saya pilih shaklee sebagai bisness saya... Produk-produk shaklee semuanya adalah halal dan barangan yang baik dan tak mendatangkan mudarat..Insha Allah.. Sistem bisness ni pun menepati syariah..Based on jual produk bukan carik kaki..Dalam kelas-kelasnya pun banyak di ajar macam mana nak jual produk..Anda buat anda dapat...

Oklah..Itu sahaja buat masa ni..Nanti saya sharekan lagi dengan korang ye...Oh..Kalau korang berminat nak join ahli boleh isi form kat bawah ni ye...


JANA INCOME DARI RUMAH SAMBIL LAYAN ANAK

dan kalau nak order produk atau nk info atau ada masalah bole hubungi saya, fatiha - 0126602016


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

No comments:

Post a Comment