Ke Kenduri Kahwin Lagi Kita | Kenduri Kahwin Teman Kerja Suami
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....
Korang tengah buat apa tu? Saya baru lepas makan sambil tengok bola Malaysia lawan vietnam..Letih baru balik kenduri kahwin..Jemputan je pun..Tapi penatnya macam join rewang pulak...Hehe...
Kenduri opismate incik husband..Dekat kampung pandan...Yang geramnya harini nak pergi harini jugak baru nak bagitau...Kalau berdua je takpe la...Ni anak-anak pun ada..Nak kena siap lama la sikit...lepas zuhor pukul 1.30 baru gerak dari rumah...
Dari rumah pukul 1.30 petang naik kereta ke Putrajaya Sentral.. Sampai sana naik KLIA Transit ke Bandar Tasik Selatan..Lepas tu naik pulak LRT sampai ke Bukit Jalil..Sampai Bukit Jalil dalam pukul 2 lebih jugak la...Kat Bukit Jalil tunggu Opismate incik husband yang lain..Naik kereta dia terus ke Kampung Pandan...
Dalam pukul 3 petang baru sampai rumah pengantin...Jumpa tuan rumah lepas tu terus duduk dan makan...Sebab lapar makan tak tengok kiri kanan dah..Keysha incik husband yang suap..Adeena saya pangku sebab dia tidur dari dalam kereta lagi...
Makanannya sedap juga...Pengantin pun cantik...Yelakan..Nama pun pengantin..Kalau tak cantik bukan pengantin kot..Lepas je abis makan terus gerak balik sebab kitorang nak kena keja train lagi lepas tu...Hahaha...
Sampai je kat Bukit Jalil terus tunggu LRT...incik husband pulak tertinggal phone dalam kereta kawan dia...Kena lari ambil kat luar stesen tu..Dah kitorang terlepas train..Ada sorang perempuan yang tunggu lrt juga tegur keysha..Dia bagi epal..Dia tanya umur budak-budak ni dan kata diorang sangat comel...Tengok la bondanya kan...Hahaha
Sampai je dekat Bandar Tasik Selatan, ada pulak lelaki foreigner tegur kitorang..Tanya nama anak-anak dan cakap diorang sangat comel...Sambil tunggu KLIA transit tu dia borak dengan incik husband... Sebab saya tak berapa pandai speaking english, saya banyak diam dan dengar je..Hehehe...Dia dari yaman.. Dari luar sampai dalam train borak sebab kitorang turun kat tempat yang sama Putrajaya..Siap ambil nombor telefon lagi diorang ni...
Kitorang sampai rumah pukul 6 lebih..Letih ooo...Sebab jarang jalan jauh naik public transport bawak anak-anak pulak tu..Mesti korang tertanya-tanya kenapa tak naik kereta je kan...Kan...Sebenarnya incik husband takda lesen kereta..Jadi bos dia tak bagi bawak kereta jauh-jauh...Huhu..sebab kereta tu atas nama company dia....Ok la..Nak uruskan anak-anak kejap..Incik husband pun sakit tengkuk ni..
** kalau nak order shaklee whatsapp je ok...
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
No comments:
Post a Comment