Pages

Thursday, September 4, 2014

Bercerai Susu :: Sesuaikah Masa Yang Di Pilih?

Apa itu bercerai susu?

ada dua konsep bercerai susu, antaranya ::
> memperkenalkan bayi kepada makanan pejal
> memberhentikan pemberian susu badan atau susu botol

saya fokuskan entry kali ini kepada konsep bercerai susu yang kedua iaitu hentikan pemberian susu ibu kepada bayi.

rasanya semua ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi situasi ini dimana tiba masanya anak anda tidak lagi bergantung kepada susu ibu lagi.

Bayi sepatutnya diberikan susu ibu secara ekslusif seawal usia 1 hari hingga 6 bulan..Selepas usia 6 bulan bayi diperkenalkan dengan makanan pejal dan susu ibu diteruskan lagi sehingga 2 tahun..Justeru itu bilakah waktu yang sesuai untuk hentikan pemberian susu badan kepada anak?

Anak akan dapat nutrisi sepenuhnya daripada makanan yang dimakan. Seawal usia ini ibu boleh memberhentikan pemberian susu ibu kepada anak. Namun ibu digalakkan menyusukan anak sehingga usia 2 tahun seperti yang dinyatakan dalam Al-quran.

ia bergantung kepada anak itu sendiri sama ada mereka sudah bersedia atau belum..proses mrnghentikan susu badan adalah satu perkara yang penuh dengan emosi..Saya sendiri sedang menyusukan bayi berusia 6 bulan dan masih menyusukan kakaknya yang berusia 2 tahun 6 bln..bukan mudah bagi seorang ibu untuk memutuskan tentang perkara ini.

anak tidak mahu berhenti menyusu bukan kerana makanan semata-mata. Antaranya ::

> merapatkan hubungan
> menerima keselesaan
> bina rasa selamat

Langkah-langkah untuk memberhentikan penyusuan susu ibu::

@ biar anak habiskan penyusuan secara ekslusif kemudian bagi anak hidangan kecil makanan. Biar anak biasa dengan rasa dan tekstur makanan.

@ apabila anak sudah boleh makan dengan baik, buat pertukaran perlahan-lahan. Beri makan dulu sebelum memberi susu. Lakukan langkah ini setiap kali penyusuan.

@ beri bayi anda air dalam cawan muncung lembut untuk ganti susu badan

tempoh untuk bercerai susu bergantung kepada penyesuaian bayi. mungkin beberapa minggu, beberapa bulan atau mungkin juga ambil masa yang agak lama jika bayi anda masih belum bersedia. Proses ini perlu dihentikan secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat kerana jika ia dilakukan secara serta merta akan mengganggu bayi anda, menyebabkan payudara bengkak dan radang payudara.

jika anak anda masih tidak mahu berhenti susu::

# cuba beri keselesaan padanya dengan cara lain.
# melewat-lewatkan penyusuan
# pilih masa yang sesuai dan tepat untuk anda berhentikan penyusuan


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

3 comments:

  1. Ya gud info

    Www.mummy-ariana.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Good info!
    www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. susah jugak nak bercerai susu ni. Yang penting kena usaha.

    Masih buntu untuk hamil? jom jenguk entry ni>>> http://bit.ly/1pSkcCY

    ReplyDelete