Ramai ibu bapa yang beranggapan anak mereka telah bersedia untuk makan seawal usia 3 bulan. Malahan ada juga yang diberi makan seawal 4 hari.. Ramai yang menghadapi masalah dengan ibubapa yang menyuruh memberi makan pada bayi baru lahir kerana bayi kerap menangis. Kalau ingkari akan wujud pula suasana tidak bertegur sapa antara anak dan ibubapa atau ibubapa mertua..alasan mereka anak-anak mereka juga diberi makan semasa dalam pantang lagi, sihat dan hidup sampai sekarang.. agak susah untuk kita mendidik orang2 veteran tentang isu ini..Namun masih boleh didik..
Saya juga alami pengalaman yang sama. Tapi mertua saya tidaklah terlalu extreme memaksa saya memberi makan kepada anak saya. Saya hanya diam bila isu ini diutarakan dan tetap dengan pendirian saya anak akan makan hanya apabila usianya menjangkau 5 1/2 bulan atau genap 6 bulan sehingga akhirnya tiada lagi isu ini dibangkitkan. Anak sulung saya makan pada usia menghampiri 6 bulan sebab teruja nak bagi dia mkn..hihihi
Berikut merupakan anggapan orang ramai::
- Bayi sudah bersedia untuk makan kerana mulut kerap mencicip
- Bayi kerap menangis kerana lapar
- Perut bayi lebih kuat jika diberi makan lebih awal
- Bayi akan lebih kenyang dan tidur akan lebih lena
Sebab-sebab tidak boleh memberi makanan kepada bayi bawah umur 6 bulan antaranya ialah::
- Penghadaman bayi belum matang
- enzim belum cukup untuk proses pencernaan. Enzim amilase dalam air liur belum boleh mencernakan makanan
- tubuh belum dapat memproses lemak
- buah pinggang tidak boleh proses protein yang tinggi seperti telur, daging dan susu lembu
- Masalah kesihatan jangka panjang
- kelihatan sihat, jaga pemakanan, rajin bersenan namun dijangkiti penyakit kronik atau meninggal kerana penyakit kronik.
- Masalah dalam penyusuan
- menyebabkan bayi kurang minum susu ibu. Susu ibu merupakan makanan yang paling seimbang dan berkhasiat untuk bayi 6 bulan ke bawah.
- jika bayi tidak mahu minum susu ibu dengan banyak maka bayi akan kurang khasiat dalam tubuh
- Bayi belum dapat kunyah atau gigit dengan berkesan
- Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman
- Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan dan usus tersumbat
- Buah pinggang tidak cukup matang untuk kendalikan bahan berlebihan dengan makanan pejal
Jom tengok gambar-gambar di bawah..kesan jika bagi makanan terlalu awal kepada bayi
Ni perbandingan saiz perut bayi baru lahir sehingga 1 bulan
Jadi kalau ada sesiapa yang baru rancang2 nak bagi anak makan awal tu fikir-fikirkan semula ye..kesian anak anda..
Jom sayangi anak-anak kita..
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Pemakanan anak semasa kecil perlu dijaga..
ReplyDeletewww.annur-shoppe.blogspot.com
Thanks for the info sis!!
ReplyDeletewww.mummysayf.blogspot.com
Info yg bagus untuk bayi anda
ReplyDeleteWww.mummy-ariana.blogspot.com